sahabat Senyap

Sunday, March 08, 2009

Watchmen

Tahun 2009 menyaksikan deretan filem2 hebat baik dari luar negara mahupun tempatan yang beratur mengambil tempat untuk ditayangkan di layar perak. Situasi ini menampakkan satu persaingan yang sangat sihat di dalam industri perfileman dunia. Pada kaca mata penulis, tahun ini ibarat satu perayaan buat penggemar2 filem atau si kaki wayang. Awal bulan ini misalnya, peminat tempatan menjadi saksi kepada kebangkitan filem animasi tempatan (Geng:Upin dan Ipin) yang dihasilkan oleh anak2 muda kita. Jika sebelum ini kita sering disajikan filem2 animasi dari Hollywood, tapi kini kita dapat lihat belang Ali, Abu dan Ahmad pula memecahkan dominasi itu. Siapa kata anak tempatan kita tidak boleh. Kita boleh. Malaysia Boleh.

Baru2 ini penulis berkesempatan untuk menonton sebuah karya baru dari Hollywood yang berkisarkan tentang Adiwira. Tajuk filem ini Watchmen. Selaku pengkritik bebas, penulis memberi 98%. It was a great movie! Pemilihan pelakon yang tepat, sebagaimana watak Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman, The Joker oleh mendiang Headge Ledger (ejaan kurang tepat kerana tak pasti), begitu juga dengan filem ini. Setiap watak yang dimainkan tampak benar2 hidup. Disokong dengan CGI yang hebat, filem ini tampak sempurna. Skor muzik, plot cerita, klimaks yang mengejutkan, and with cool kostum serta prop2nya ia secara tidak langsung menjadikannya sebuah naskah yang bermutu. Sebagai pencinta filem Superhero pula, penulis berikan 150%. Kerna filem ini meliputi semua aspek genre. (18PL) Tapi sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, penulis hanya mampu memberi 15% untuk markah penilaian keseluruhan. Kenapa? Okey, teruskan membaca.

Ada dua perkara yang mengusik naluri kemelayuan penulis ketika menonton filem ini. Satu. Jika anda perasan ada satu dialog dalam filem ini yang berbunyi “Im sorry about what I said off him. ‘He’s like Superman, and he is from America’ but he actually a God, and he is from America. (lebih kurang begitu bunyinya) Agak sinis, bagai ada satu jarum halus yang cuba disuntikkan oleh si pengarahnya. Oopps silap, penulis skripnya. Jika yang menonton itu orang dewasa, ayat itu biasa2 sahaja. Bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akan tetapi ini filem Superhero, yang kebanyakan ditonton dan diminati oleh si cilik. Dan Kedua, banyak babak2 yang agak keterlaluan. Adakah perlu filem yang bercorakkan hiburan untuk si kecil ini perlukan babak berasmara? Pelakon wanitanya kerap kali dilihat separuh bogel, dan dengan aksi ghairah yang dilakonkan sedikit sebanyak membuatkan penulis rasa malu sendiri. Ini kerana di sebelah penulis ketika itu diapit oleh seorang kanak2. Dapat dilihat riak ibunya yang kurang selesa dengan apa yang ditonton. Sesekali tangan si ibu cuba untuk menutup mata si anak. Atmosfera di dalam panggung pada waktu itu agak tegang, sekejap terdengar rungutan. Ada yang memaki, tak kurang juga ada yang meninggalkan tempat duduk sambil mengiring tangan si kecil keluar.

Tapi apa lagi yang hendak kita jangkakan dari filem Hollywood? Sudah begitu acuan mereka. Setiap individu punya pilihan samada hendak menonton atau tidak, jika tidak suka tak usah menonton. Duduk rumah pasang saja DVD Cicakman, paling tidak pun tunggu hujung minggu dan tonton rancangan Keluangman. Peace.

p/s : Im Ah Mie. Watching Dragon Ball Evolution, my to do list at the end of this week. Hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...