sahabat Senyap

Friday, April 10, 2009

Not A Popularity Contest

Antara dibenci atau disukai. Meluat atau Popular. Pilihan tidak semuanya di tangan kita. Sesetengah individu dilahirkan dengan personaliti yang menarik dan mudah menjadi tarikan orang. Cantik dipandang dan lantang berbicara. Selalu mereka ini akan dijadikan subjek untuk didampingi dan tumpuan. Tidak kurang juga yang lahir dengan riak wajah sifat yang kusam personalitinya. Sering tenggelam di dalam lautan manusia. Kehadirannya kadang2 tidak diambil peduli dan ketiadaannya juga tidak begitu dirasai. Kadang2 kelompok kedua ini juga perlukan perhatian, perhatian sebagai bukti mereka juga wujud.

Aku lebih selesa membicarakan tentang golongan senyap ini. Kerna aku juga boleh dikatakan orang yang agak pendiam dan tidak menonjol dahulu. Kan Kak May? Begitu susah adikmu ini hendak bercakap kan ketika kita berjumpa dahulu. Hee. Kepada anda yang satu ‘bumbung’ denganku, ini kisah anda. Jika ada gerangan ‘Popular’ yang secara tidak sengaja membaca entry ini, selamat datang ke dunia ‘Senyap’. Dunia ‘Kami’.

Sedikit perihal tentang kami adalah kami memandang dunia dengan perspektif yang lurus. Lurus di dalam kamus kami adalah sentiasa tekun dan bersungguh dalam apa yang kami lakukan. Iya, kadang2 perilaku kami agak mengjengkelkan dengan cara kami berpakaian misalnya dan perilaku kami yang ‘takut2’. Tahap keyakinan kami adalah zero. Kami pada kebiasaannya lebih gemar berbicara dalam diam. Dan dalam diam itu kami akan membaca psikologi manusia2 di sekeliling.

Dalam mencari rakan, terlebih dahulu kami akan menilai dari segi cara perlakuan mereka. Jika mereka dari golongan ‘Popular’, kami akan lupakan sahaja niat untuk mendekati kumpulan ini kerna kami tahu mereka bukannya akan pandang kami pun. Jika iya, itu hanya dalam tempoh sementara sahaja. Kami sudah masak. Kami hanya akan menjadi tumpuan apabila ada ‘sesuatu’ yang bernilai di mata mereka. Contoh macam jika dekat dengan exam, segala nota dan tips2 peperiksaan akan seboleh2nya akan dikorek oleh mereka2 ini. Lepas exam, lesap! Ah, kami dah lali pun.

Diam bukan beerti lemah, senyap juga bukan beerti kami ini akan terus hilang. Jika diberi peluang dan sedikit ruang untuk kami bersuara, anda pasti akan terbuka mata dengan apa yang kami ada, apa yang kami pendamkan. Kami juga manusia biasa, terimalah kami seadanya kerna tidak sesiapa pun yang dilahirkan sempurna. Salam perkenalan dari orang senyap. Aku Ami. Peace!

p/s : Im Ami. Syyhhhh...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...