sahabat Senyap

Friday, April 10, 2009

Warkah Dari Emi Untuk Emillia

Betapa masa itu begitu kejam...

Putaran detik masa dalam diam telah mencatatkan durasi usia selama 3 tahun umur perkenalan kita. Sungguh, waktu sesingkat itu telah banyak membuka mata aku, telah banyak mengubah aku menjadi apa yang aku transformasi kini, telah banyak mengajar aku hidup itu bukan untuk bersendirian. Rasanya tidak terlalu gah jika aku mengatakan semua perubahan itu hasil perkenalan aku dengan kamu. Kamu sering menjadi suara pada adikmu yang begitu miskin dengan kata2 ini. Kamu jambatan aku kepada dunia luar.

Walaupun jarak usia antara kita adalah 11 tahun jangkaunya, tapi angka itu tidak sedikit pun menerbitkan rasa kekok kamu dengan aku. Aku akui aku agak nakal, tapi kamu sering dan tanpa jemu memperingati aku, bukan hanya dulu tapi hingga kini kata2 nasihat itu tidak lengkang darimu. Untuk itu, rangkaian terima kasih tulus aku kalungkan. Hanya itu yang mampu aku tutur.

Bila diputarkan balik memori dulu, cukup indah kan waktu itu? Kamu sentiasa ada dalam group asigmentku. Kamu sering menjadi teman aku untuk makan waktu malam disamping Rai, malah kamu juga ada masak untuk aku. Kamu turut ada sertai dalam aktiviti sosial ku. Pendek kata, dimana aku mesti ada kamu. Cari kamu, ada aku. Jumpa aku, kamu ada.

Kini, kamu berada nun jauh di bumi Sabah. Entah bila aku akan bertemu semula dengan kamu. Adik2 kamu di sini sentiasa ada. Aku dan Rai. Dua makhluk perosak ini sentiasa ada disini jika kamu perlukan kami. Rai kini sudah merantau ke Selatan tanah air, aku masih di Utara. Walaupun jarak antara kita terlalu jauh, jangan jadikan itu alasan untuk kita tidak boleh sentiasa berhubung. Keep In Touch.

Sekian.

Yang Benar,

Adikmu.

p/s : Im Emi. Hahaha. Geli hati la pulak bila baca balik. Penangan adik skemamu. Hambik.. Apapun, jangan putus asa Kak May. Rasa kamu tahu apa maksud dia. Heh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...