
Pengisian program yang aku sertai itu benar2 berisi. Berisi sampai aku pun teringin nak cuba, kini alhamdullilah projek suka2 aku sudah menampakkan hasil. Teruja betul aku. Pada mulanya aku hanya nak cuba dan praktik apa yang aku belajar, memang dari dulu lagi aku suka buat eksperimen sendiri dengan apa info yang aku dapat. Jika berhasil okey la. Kalau tak, aku cuba yang lain pulak. Yang penting, jangan serik mencuba. Ini contoh ‘eksperimen’ aku.



Hurm, boleh la tue kan? Projek anak muda yang baru usia 22 tahun. Aku pilih projek ni pun sebab aku lihat potensinya nak berkembang itu besar. Sebabnya, stok makanan bagi produk ini aku lihat xcukup. Lebih permintaan dari penawaran. Jika ada yang punya modal yang lebih besar. ‘Produk’ ini boleh ditambah nilai dengan serapkan unsur2 komersilnya yang lain. Outputnya boleh dipelbagaikan. Contoh, bebola ikan keli etc? Hurm, dan jenama ‘produk’ ini boleh diperbesarkan dan divariasikan lagi.
Hehe. Aku rasa kan mungkin sebab ini ada kawan2 aku kata aku lebih matang dari usia. Tapi aku tetap aku la. Same dude yang yang suka tengok wayang hujung minggu, same dude yang suka drive n tunggang bike laju2. Same dude yang gila2 kadang kala dan same dude yang suka diam dan shy itu. Tapi tak bermakna aku xboleh jadi ‘orang lain’.
Sama jugak dengan rakan satu kolej dengan aku dulu, Sheikh dengan projek lintah. Aku puji strategi marketing dia. Dia hanya jadi pembekal kepada pembeli dan akan pungut balik hasil dari pembeli tersebut. Brilliant. Tak payah nak senak2 kepala nak jaga lintah2 tue sendiri. Sham dengan kedai computer. Salute dekat dia coz dia asalnya study IT, sekarang dah punya kedai sendiri. Semuanya umur awal 20 an. Baru2 ni pun, my sis Kak May juga sedang berjinak2 untuk punya butik sendiri di Lahad Datu dan sampai ke Filiphina dia menjelajah cari bahan. Proud on your spirit sis.
Jadi pada anak2 muda belia kat luar tue, aku rasa kamu pun patut cuba. Kita jadi pelapis generasi baru. Kita boleh bangkit bantu ekonomi Melayu. Ini antara cabang kerja lain yang aku buat selain makan gaji di syarikat swasta itu. Dan satu lagi dalam bidang Sales tapi yang nie aku tak aktif sangat coz masalah dengan masa. Interesting gak coz mampu jana angka ‘K’ dalam masa yang sekejap jer. Tapi yang itu lain entry la aku story. Peace dulu dari Senyap.
p/s : Im Emy. Belia Benci Dadah. Antara slogan poyo yang aku dengar dulu masa Mawi laungkan. Belia Benci Dadah..!! Hehe.