sahabat Senyap

Friday, June 19, 2009

Adik Bongsu Kami

Hari itu adik tampak muram, sekejap2 datang ‘Brad Pitt’ cuba untuk berjenaka. Cuba untuk buat adik kembali senyum macam semalam. Adik senyum juga. Tapi agak hambar. Kemudian datang pula ‘Tom Cruise’ memulakan pembuka bicara, cuba untuk tahu samada adik punya masalah atau sakit. Adik tiada reaksi. Bagi ‘Leornardo DiCaprio’. Selagi adik mahu teman berbual, ‘Leonardo DiCaprio’ ini setia ada berbual dengan adik melalui emel. Jika itu dapat ceriakan hati adik.

Mungkin atas raut wajah manis adik itu. Sejak adik datang, meja adik sentiasa kerap ada pengunjung. Kadang2 mereka tiada apa urusan, cukup sekadar dapat melihat adik. Hari mereka sudah berbunga. Hilang stress dan rasa mengantuk mereka. Adik sudah ibarat penyeri di situ. Dan mungkin atas kerna itu, adik agak laris. Ada yang cuba nasib untuk ajak adik keluar. Ada yang ingin ada skandal dengan adik. Jangan terkejut. Ada antara mereka sudah punya cucu. Tapi adik pandai jaga diri. Salute.

Bila adanya event luaran Divisyen. Nama adik sentiasa di antara Top List. Mungkin jika adanya adik, booth event nampak lebih ceria. Adik muda lagi. Jika dilihat dari umur, adik baru 19 tahun. Mungkin atas sebab itu, kerna yang lain rata-ratanya sudah bermisai dan berjanggut. Ada yang botak dan berkedut! Tapi kami tahu adik suka bila sertai booth event seperti ini. Ada sekali adik merajuk bila tidak dapat sertai, dapat dilihat ramai yang datang memujuk adik. Adik jangan risau, di sini ramai yang sayang adik.

Tadi adik kata adik mahu tukar kerja dan minta bantuan dengan resume. Kenapa perlu adik pergi ? Tapi xpe, itu semua untuk perkembangan karier adik jugak. Kami sentiasa restui adik dan support adik dari belakang. Jangan lupa abang2 angkat dan skandal2 adik di sini selepas ini ya. Sentiasa ingat, kami sayang adik.

Kenikmatan tanpa kegembiraan adalah hambar, seperti nafsu tanpa kelembutan. Kita dapat menghadapi kegembiraan seorang diri, tetapi kita memerlukan dua orang bagi bergembira. Kami harap dapat menggembirakan adik.

Frasa kami dirujuk kepada Human Resource & Administration Division. Division aku dan adik. Ini entry untuk adik, seperti yang adik minta Orang Senyap dedicate satu entry buat dia. Ada jugak yang macam tue? Ahaha. Yuza, your wish had been granted. Smile. Upah mana?

p/s : I’m Emi. Dulu ada adik angkat 3 orang.

4 comments:

mynamyra said...

bes ke ader adek angkat reramai ar?
huhuu

babymiLosh said...

huuu~~ teringat zaman muda2 dolu,, bsusun adek2 angkat kan.. huuu...

p/s:: jgn terangkat suda la yer.. oOoppsss ;p

Orang Senyap said...

mynamyra - hahaha

erm, itu citer dulu2 la..
entah, dah dapat kawan muda..
jadikan adik angkat jer la..

tapi sekarang dari 3 tinggal
2 ja yang stil contact..
dah masing2 besar2 nie.
jarang lak hubung..

malu kot rasanya..

hehe

Orang Senyap said...

babymilosh - ahaha
haish, tak terangkat punya la..

dont worry, abang sentiasa
jaga adik2nya..

hehe :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...