sahabat Senyap

Thursday, June 18, 2009

Disitu Aku Berdiri Lebih Teguh

Raut kelat, berkerut, masam, meluat, xpuas hati semua ada melekat tepat kejap dan rapat di muka aku tadi. Rasa bengkak, sengal campur aduyai bila aku keluar dari meeting petang itu. Apa ni? Not fair. Ini sudah diskriminasi. Kenapa mesti aku. Why? Why? Ah, bebal.

Sejak aku diberi mandat menggalas tugas Industrial Relation minggu lepas. Sungguh, macam2 aku kena ubah dari segi penampilan yang sebelum ini tidak jika aku di Pentadbiran. Benci amat la. Aku sudah lama selesa dengan imej yang ‘sempoi’. Dress ikut selesa tapi kini aku kena wear uniform lengkap. Ah. Sebelum ini aku suka imej rambut panjang, serius aku suka. Rambut ikal aku ini sudah paras bahu aku simpan. Tapi kini kena ubah jadi pendek. Uh. Aku ada simpan kuku panjang. Sekarang kena potong. Ah. Rasa macam skema dowh sekarang. Uh Ah Uh Ah betul la. Power Rangers. Tapi Faizal Tahir rambut pendek. Xpela, aku sukakan juga.

Kata mereka itu protokol. Aku yang jaga disiplin staf kena jadi roll model dulu. Tapi bagi aku itu nonsense. Protokol prosedur ni betul2 menyenakkan. Aku tiada masalah dengan ikut prosedur, tapi sebenarnya tidak puas hati rambut kena maintain pendek lepas ni. Selamat tinggal bulu2 atas kepala. Huk. Yuza, look what they done to me ?

Tadi Nur Hazliyani Bt Hashim ada pinjamkan aku buku “Malaysian Industrial Relations & Employment Law” yang setebal kamus dewan. Nur Hazliyani Bt Hashim ni student practical dari UiTM Arau. Manis orangnya. Nama penuh aku sebut. Sekarang memang musim student practical buat training. Cuma kebetulan Yani ditugaskan untuk bantu aku. Kebetulan jugak aku dan dia sebaya umur. Selain tu, aku sekarang tengah mengkhatam buku “Industrial Law Report” dan “Perjanjian Kolektif Ketiga”. Benda yang paling benci, membaca dan menghafal.

Setelah hampir seminggu aku study tugas ini, kadang2 tu aku termenung seorang. Kadang2 tu agak lama. Ini tugas ‘cari salah orang dan beri hukuman’. Jika berat aku ada kuasa untuk set orang itu di terminate. Jika perlu aku boleh tarik dia pergi mahkamah. Tapi bila difikir balik, rasa senang dan lapang ke hati aku nanti. Jika tersalah hukum, aku sebenarnya sudah ganggu rezki orang. Periuk nasi mereka sudah aku letak pasir. Aman ke aku nanti ? Benda ini buatkan aku berfikir panjang.

Sekilas. Lewat petang tadi agak kecoh. Sedikit ribut bila terima berita General Manager Marketing & Sales syarikat aku terlibat dalam kemalangan. Dan berita terkini, dia sudah meninggal sejurus selepas itu. Hurm, rasanya baru pagi tadi aku lihat mendiang bergurau bergelak ketawa dengan kami. Tak sangka itu gurauannya yang terakhir. Sungguh, petang itu suasana dalam Main Office agak senyap.

p/s : Im Emih. Takziah buat keluarga mendiang.

4 comments:

paraxixth said...

salam takziah kepada mendiang.
aku bersimpati.ajal maut ditangan tuhan

5rux said...

setiap yg b'laku de hikmah nye

takziah jgk buat family mendiang

mynamyra said...

some things can never be predicted and expected..
especially ajal maut..
takziah tOO..

Orang Senyap said...

paraxixth, 5rux & mynamyra -
tengs kamu2.. mungkin dah sampai
masa buat dia..

sedih jugak, mendiang ada tinggalkan
2 anak lelaki, elders 18 years old..
his wife already past away coz barah..

macam mana la anak2 dia tue nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...