sahabat Senyap

Friday, October 23, 2009

Media Massa

Bila sampai hujung minggu, aku senang memanjakan diri dengan berbaring menonton rancangan televisyen dan sesekali akan membelek berita di dada akhbar. I mean. Itu yang selalu dilakukan orang bila tiba waktu pagi di waktu cuti kan? Agak tipikal bunyinya. Hehe. Entah macam mana, terasa lak nak menulis something formal. Okey, teruskan membaca.

Apa yang disajikan oleh media massa bukanlah seni yang popular, tetapi hiburan yang tujuannya untuk dinikmati seperti makanan, kemudian dilupakan sebelum diganti dengan makanan yang lain.

Surat khabar boleh diibaratkan cermin pada dunia. Akhbar telah membentuk apa yang mungkin boleh disebut sebagai kecondongan kepada musibah. Jika mereka mendapati ada satu pertandingan, mereka akan membesar2kan pertandingan itu. Jika mereka menemui satu tragedi, mereka akan menjadikannya sebagai tajuk utama. Dan bila ditatap sajian berita yang dicetak didada akhbar hari ini, bukanlah dunia ini menjadi semakin buruk, tetapi liputan berita yang menjadi bertambah baik.

Penerbitan akhbar merupakan sama ada rahmat yang paling besar atau musibah yang paling hebat pada zaman moden ini. Sungguh! Kadang2 aku tidak tahu yang mana satu. Jika aku diberi pilihan untuk memilih sama ada kita perlukan sebuah kerajaan tanpa akhbar atau sebuah akhbar tanpa kerajaan, aku tidak akan bertangguh sesaat pun untuk memilih yang kedua. Kemerdekaan kita bergantung pada kebebasan akhbar. If you know what I mean…

Telah banyak yang ditulis tentang kuasa akhbar, kuasa yang mungkin akan berakhir dalam masa sehari. Sebagai perbandingan, jarang didengar tentang kuasa buku, yang mungkin akan berpanjangan selama beberapa generasi. Buku? Ah, impian aku untuk tulis satu buku sendiri satu hari nanti. Tapi… Setiap kali aku melihat surat khabar, aku akan teringat pada pokok. Semua pokok memberikan kita keindahan, teduhan dan perlindungan, sedangkan surat khabar hanya memberikan kita sampah sarap.

Surat khabar lama.. Surat khabar lama. Eheh.

Televisyen? Televisyen bagi aku adalah sejenis alat yang dicipta untuk membolehkan kita berasa terhibur oleh orang2 yang kita tidak miliki di rumah sendiri. Yela, mana nak dapat Faizal Tahir datang singgah rumah hari2 kan? Misalan je la. Jika hendak dibuat perbandingan, televisyen itu adalah lebih menarik daripada manusia sendiri. Setuju tak? Kalau tidak percaya, cubalah letakkan manusia di penjuru rumah anda. Mana satu kita nak tengok? Hehe. Lain la kalau manusia itu seseksi Megan Fox. Haha. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amiey. Harap tulisan di atas tidak menyinggung mana2 pihak. Peace! Haha.

8 comments:

seroja jingga said...

setuju sangat
tapi kalau brad pitt diri kat depan pintu,,aku sanggup buang flat screen aku tuh.ehhehe

5rux said...

suka baca surat khabar..tp isi kurang, iklan yg banyak...tebal je lebey huhu

Cik Dila said...

baca sangat ke skaba tu seluar dalam basah..haha!

Orang Senyap said...

seroja jingga ::

wah, sampai ke tahap buang terus tv..
hahaha

tapi betul jugak kan, bukan selalu
orang hollywood nie nak datang
bersila kat umah kita.. hehe

buang jer.. :-D

Orang Senyap said...

5rux ::

a'ah, iklan tue duit tau bagi dorang.
mesti ada punya selit kat mana2..
hehe

tapi best jugak, sebab saya jarang
sangat nak baca surat khaba walupun
beli.. banyak tengok gambar jer..

Orang Senyap said...

cik dila ::

bila masa lak la seluar dalam
saya nie basahnyer??

yang saya tau, seluar dalam wak jer
dalam sebulan mesti ada 2 3 kali
basah.. hahaha

aideeb said...

setiap perkara dlm dunia ada peranannya masing2....akhbar pon ada peranannya...akal dan mata yg ada gunalah untuk menapis perkara buruk dan baik yg ada dlm akhbar....

by the way tv mmg best suatu ketika dulu..tetapi zaman skrg...internet lebih menjadi pilihan....

Orang Senyap said...

Aideeb ::

hurm, kali nie komen yang agak berisi plak dari awak yer deeb?? hehe

hurm, betul tue.. zaman makin lama
makin advance..entah ke depan nie macam mana plak wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...