sahabat Senyap

Saturday, October 17, 2009

Ambil Yang Jernih

Kemaafan itu sesuatu yang lucu bukan? Haha. Ia pantas meredakan hati dan menyejukkan kemarahan. Orang yang bodoh tidak akan memaafkan dan tidak akan melupakan, orang yang lurus akan memaafkan dan melupakan, manakala orang yang bijak memaafkan tetapi tidak akan melupakan. Antara ketiganya, aku rasa yang lurus itu aku. Hurm.

Aku pernah membaca bahawa kita harus memaafkan musuh, tetapi aku tidak pernah membaca bahawa kita harus memaafkan kawan. Mungkin, dalam berkawan tidak wujud istilah ‘maaf’. Tetapi, dalam tidak sedar ada juga masa itu sedikit terguris hati si teman. Dalam diam ada juga teman itu terasa dengan tindak yang tanpa sedari kita lakukan. Melakukan kesilapan itu adalah fitrah manusia.

Tanpa maaf, hidup ini ibaratnya seperti diperintah oleh lingkaran syaitan daripada dendam dan pembalasan. Sesama teman bisa bercakaran, sesama keluarga bisa berantakan dan sesama makhluk melancarkan peperangan. Tetapi bila hari tiba dipenghujungnya, adakah itu semua berbaloi. Adakah ia beri pulangan yang dipinginkan. Ah. Tepuk dada tanya hati. Yang benar dan sejernihnya, kenikmatan memberi maaf itu adalah lebih besar daripada kenikmatan membalas dendam.

‘Buang yang keruh, ambil yang jernih’

Kepada kamu, iya kamu. I’m sorry about… Hurm.. Ya..!! Everything.

p/s : I’m Emi. Mengerti dan memaklumi segala2nya, membuat orang menjadi pemaaf dan penyantun.

10 comments:

Anonymous said...

memberi kemaafan pun perlukan masa, bukan begitu??
time wounds all heal..

Adila Ady said...

entry ini ada kaitan ngn saya ke..??

[z@ck] said...

sedangkan nabi ampunkan umatnya..inikan pula umat manusia..
x rugi pn klu kita bersikap pemaaf..
=)

Seroja Jingga said...

agak sukar mlafazkan maaf pada orang yang telah menyakiti kita..tak kiralah dlm keadaan ape sekali pun..

aku boleh memaafkan..tapi,,aku tak boleh melupakan..

bukan dendaM.TETAPI..KESAKITAN yang aku lalui..terlalu perit untuk kuluopakan

aideeb said...

kutujukan lagu aisyah...kemaafan dendam yg terindah...

Qaish Nur Mikhael said...

Att Ashburn ::

hurm, ya.. betul tue.. setuju sangat, memang dari lafaz maaf itu
dizahirkan.. tapi nak tak nak mesti ada sekelumit rasa terkilan
dulu yang susah nak lupakan..

time wounds all heal..

Qaish Nur Mikhael said...

Cik Dila ::

entry nie untuk orang yang saya
buat salah kat dorang..

tapi, ada ke saya buat salah kat awak?

awak jer yang suka dera saya.. hahahaha

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

wah2 zack... hehe
erm, betul tue.. sapa lah kita ni
kalo nak bandingkan dengan kekasih
Allah tue.. bnyk betul kekhilafannyer..

hanya lafaz maaf yang mampu..

Qaish Nur Mikhael said...

seroja jingga ::

eyh? macam ada kisah perit jer
yang pernah lalui sebelum nie?

what's it about? xnak share?

Qaish Nur Mikhael said...

Aideeb ::

deeb, ko nie komen ikut sedap jer ye?
lari tema terus.. hehehe..

lagu aishah yang mana nie? xpernah
dengar.. jap, nak masuk youtube..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...