sahabat Senyap

Friday, October 30, 2009

Kamu Memang Pencinta Hebat

Pagi itu aku bangun agak awal. Tidak tahu apa yang hendak dibuat, aku membaca kembali kebanyakan entry yang aku tulis sebelum ini. Sedikit tersenyum aku bila berkira2 di dalam kepala apa yang sudah aku tulis ni? Patutlah ada dikalangan sahabatku minta aku tulis benda lain. Katanya tulisan aku agak skema, sastera bagai, poyo, puitis sangat dan BOSAN. Haha. Aku ketawa je waktu tu.

Pada mulanya aku fikir nak kekalkan trademark begini, biar semua tulisannya berbaur begini dan nak ada sedikit berbeza dengan blog yang lain. Aku tak mintak banyak, sedikit beza pun dah cukup. Biar identiti aku kekal ‘unknown’, tapi aku rasa sudah letak foto aku dalam satu entry. Nak tahu, rajin2 la geledah entry sebelum ni.

Ha, berbalik pada kata2 teman aku tadi. Biarlah aku bahasakan dia ‘Getik’. Haha. Aku tahu dia akan baca entry ini dan aku tahu dia xberapa setuju dengan nama yang aku kasi. Well, kamu sendiri yang minta kan? Katanya, maki2 la orang sama, biar ada kutuk2 sikit. WTH, WTF, terma2 macam tu gunala sama. Biar jadi lain langsung dari sebelum2 ni. Wah, drastic betul? Sekali lagi aku cuma mampu ketawa dengan usul dia. Bahagianya aku dapat teman yang macam ni. Alahai.

Hurm.. Kalau dah sayang dengan seseorang tue macam2 yang sanggup kita buat kan? Tapi perkara ni betul2 buatkan aku tabik pada seorang cousin aku nie. Dia sebaya dengan aku, orangnya agak kelakar dan apa yang dia buat betul2 kelakar bagi aku. Cinta itu buta kata orang. Setiap tindak tanduk yang dibuat jika dapat mengukir senyuman dari si dia, segala penat lelah sebelum ini secara tidak langsung terubat. Benar kan.

Apa yang aku lihat cousin aku memang seorang yang loyal, setiap malam tanpa merungut dia akan menghantar dan mengambil kekasih dia pulang dari tempat kerja ke rumah sewa sampaikan tido sendiri pun xterurus. And he good in cooking, aku pun kalah. Kalau ada masa dia sendiri akan masakkan untuk si buah hati. Tapi yang aku tak boleh terima kenapa dia sampai sanggup bawa pulang baju2 kotor kekasih dia nie bawa pulang untuk tolong basuhkan. Sehingga coli dan seluar dalam pun dia rela cucikan. Alasan dia, buah hati dia sibuk dengan kerja. Ah. Tolong la. Bila dah kantoi ngan mak sedara jumpa coli dalam washing machine teruk dia pulak kena basuh. Ai.. nasib baik aku tak bercinta lagi.

Dan aku tahu, jika cousin aku baca entry nie. Aku pulak yang akan bakal dibasuhkan. Haha. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amy. Cinta buatkan seseorang berlakuan lain dari kebiasaan.

13 comments:

miya said...

hanyut sbb cinta =)

reen_sofee said...

mulia sungguh cousin anda tu~~~
hahaha,,, maseh ada lelaki cam tu dalam dunia nie????
bertuah sungguh waznita tuh~~~~
hhohoho

adnil linda said...

hehehhe....
smoga kekal ke jinjang pelamin...
kalo x...sia2 jerk la tlong bsuhkn panties...

[z@ck] said...

erk..terlalu syg sgt pn x bley...
len jd nya..
alahai...si buah hati plak x malu ke hantar baju umah si lelaki minta basuhkan??

huhuhu

seroja jingga said...

bila kamu dah bercinta nanti
kamu tahui lah..jgn kata coli..
tolong potong kan kuku kaki pon ade.
erk! aku kah tuh!

Orang Senyap said...

miya ::

yup, hanyut terus ditelan ombak..
hehehe..

bila orang lurus bercinta macam itu
la. wah.. sesedap rasa jer ngata orang saya nie..erm2

Orang Senyap said...

reen_sofee ::

eh.. lelaki macam tue memang ada la.. cuma jarang2 sangat nak jumpa.
hehe.. ha, itula kalo lelaki dah begitu setia ngan syang pada gurl dia..

will do anything.. tapi xdapat nak bayang macam mana dia dah kawen sok.. kena queen kontrol kot gamaknyer.. hurm

Orang Senyap said...

adnil linda ::

erm, moga2 macam tue la..
doa yang baik2 jer untuk dia..

ingat senang lelaki nak basuh
panties n cole pempuan.. ui, saya
pom xhadap.. (belum lagi kot..hehe)

Orang Senyap said...

zack ::

yang tue no komen la zack..
nanti komen jadi songsang la jadinyer.. hehe

Orang Senyap said...

seroja jingga ::

eyh? yeke?? ish, kejamnyer bila
bercinta nie yer...

nie yang rasa xnak bercinta lagi nie.. hahaha

aideeb said...

...dan sejauh mana pula cinta kita pada yang Esa...

Orang Senyap said...

aideeb ::

hurm, itu cinta yang hakiki..

sebetulnya ia perlu lagi lebih tinggi, lebih setia dan segala lebih2 lagi..

::cik kikiLaLa:: said...

cazen org senyap--> alahai baiknye la..hrp2 bkekalan ke jinjang pelamin~sweet gile la..tp cm lelebey je buah hati die tu..huhu

org senyap---> bila seru kamu dah sampai u cant even say no la..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...