sahabat Senyap

Sunday, March 08, 2009

Di Suatu Petang Yang Sengal

Alkisah seorang pemuda bersama kenderaan dua rodanya. Setiap kali ada masa terluang, dia tidak pernah akan lupa untuk memberi tumpuan jagaan ke atas mekanikal kesayangannya itu. Pada suatu hari, pemuda itu ingin keluar bersiar2 di sekeliling kawasan penempatannya. Sekadar untuk menghirup udara petang di atas kenderaan dua rodanya. Dengan menyarung jeans lusuh dan sehelai jaket hitam, pemuda itu sudah sedia untuk membelah jalan raya bersama mekanikalnya.

Vroom Vroom Vroom

Pemuda itu kini telah memasuki litar jalan di kampungnya. Dengan melakonkan gaya seorang biker sejati, pemuda tersebut tampak sangat gah bersama mekanikalnya. Ah, tiba2 pemuda tersebut terpandang di hadapan kelihatan seorang pakcik tua dengan motosikal tuanya. Pemuda itu spontan memulas minyak dan dengan garangnya pemuda tersebut memintas pakcik tua tadi. Hatinya tersenyum riang apabila melihat reaksi terkejut si tua. Segaris senyuman nakal terukir di bibir pemuda itu. Selepas kira2 setengah kilometer, si pemuda tadi terpandang pula sekumpulan gadis2 manis di bahu jalan. Serta merta pemuda itu memperlahankan enjin kenderaan dua rodanya. Apabila semakin mampir dengan sekumpulan bunga itu, si pemuda melemparkan senyuman sehabis manis kepada si gadis2. Ah, mereka juga turut tersenyum. Hati pemuda itu bertambah riang. Dia meneruskan perjalanan.

Vroom Vroom Vroom

Tiba2 langit yang cerah tadi bertukar gelap. Hendak hujan barangkali, fikir si pemuda. Dia kini sudah hampir 30 kilometer jaraknya dari rumah. Pemuda itu mengambil keputusan untuk pulang. Masih lagi melakonkan watak biker sejati, si pemuda dengan bongkaknya meluncur laju di dada jalanraya. Titis2 hujan sudah kelihatan. Pemuda tadi ingin terus sampai ke rumah dengan segera kerna dikhuatiri akan kuyup ditimpa hujan. Mekanikal dua rodanya terus melagukan irama.

Vroom Vroom Vroom

Entah kenapa si pemuda merasakan kenderaan dua roda yang ditunggangnya berasa makin berat dan sedikit terhuyung hayang. Buat seketika si pemuda masih lagi meluncur seperti biasa. Hujan sudah semakin ramai. Ah, tayar pancit rupanya. Pemuda itu memberhentikan mekanikalnya di tepi jalan. Hujan kian rakus menerjah bumi. Sedang si pemuda membelek tayar kenderaan dua rodanya, tiba2 pakcik tua tadi dengan perlahan memintas pemuda itu. Terpampang satu senyuman sinis terukir dari si tua bersama gigi depannya yang sudah tiada. Pemuda tadi tunduk. Berpura2 tidak mengingati si tua. Malu. Akhirnya dengan berat hati si pemuda terpaksa menolak kenderaan dua rodanya ditemani dengan rintis2 hujan yang makin menggila.

Tamat.
p/s : Im Emey. Berat siot tolak Jaguh. hahaha

2 comments:

KameraCapAyam said...

ang ka pemuda itu??
huhuhuhu....

Qaish Nur Mikhael said...

heh, tau xpa..
syhhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...