sahabat Senyap

Friday, April 10, 2009

Pronounce My Name Right...!!!

Nama aku dalam kad pengenalan Malaysia seperti yang tertera adalah Mohammad Zam zami Bin Yahya. Simple jer kan? Tapi sekarang nama itu hanya sekadar perkataan yang memenuhi ruang atas kad pengenalan dan juga sijil kelahiran sahaja. Pelik. Kenapa yer? Aku pun tak pasti kenapa benda nie jadi kat aku. Susah sangat ke nak sebut betul2 nama ni. Kesian kat mak, penat2 dia yang fikirkan nama ni masa aku baru dilahirkan dulu. Sorry mum, its not my fault. Its was them.

Aku mungkin salah seorang manusia di Malaysia ni yang punya terlalu banyak nama panggilan. Sehingga pada satu ketika, aku sendiri sudah lupa untuk mengeja nama sendiri. Serius. True story. Ini mungkin kerana setiap dari rakanku punya nickname sendiri yang diletakkan kepadaku. Entah macam mana, aku pun suka nickname tu. Weird. M.R, Gebu, Mie, Pak Guard, Zie, Zan, Ami, Emy, Superman, Zam, Ikan, Puyu, Along, Zamie, Zani antara nama2 yang aku guna pakai sekarang ni. Staff ofis pula ada yang selalu sangat silap sebut Zamani, Zamimi, Zakri, Zamzam, dan kini nama rasmi aku di dunia formal Muhammad Zamzani. And its not my real name. Tapi itu yang digunapakai sekarang.

Masalah ini secara tidak langsung telah memberi kesan, tidak banyak tapi kesan itu berpanjangan. Nama ku sering di salah eja pada sijil2 ku, surat rasmi dan istilah “zam zam ala ka zam” tu aku dah dengar dari aku kecil sampai lar sekarang. Ah, macam mana nak buat yer. Adakah perlu aku membawa M-16 kemana2 sahaja aku pergi dan apabila ada hamba Allah yang salah sebut namaku, akan aku terus tembak dia sampai mati? Itu sebagai ingatan kepada orang lain agar berhati2 apabila hendak menegur ku nanti. Tapi kena masuk penjara pulak nanti. Cukup la pengalaman aku jumpa Pak Misai lebat dulu. Ui, dah serik.

Walau apa pun nama yang dipadankan kepadaku. Yang pasti aku tetap aku. Bukan Clark Kent, bukan Faizal Tahir. Aku bangga menjadi Zam zami, kerna nama itu mama aku yang beri. Aku ini aku. Peace.

p/s : Im Amih. Aku anak Kak Zai. Heh

2 comments:

87 said...

ehhh...munyit..??kiyut r..ape kene mengena monyet tu ngn entry awak ni..??

Qaish Nur Mikhael said...

monyet itu xde kena mengena act, cuma bila difikir balik, monyet kan slaloo owang panggil beruk, owang utan, chipanzi.. erm, ikut suku jenis dia. sama situasi dengan saya, bila berada di tempat ini, begitu panggilan orang kepada saya,sama jugak bila saya bersam kawan yang lain.. kan ayik? hehe
tapi saya bukan monyet okey!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...