sahabat Senyap

Saturday, June 13, 2009

Entry Tanpa Tajuk

Aku menarik nafas segar pada pagi itu. Udara ku hirup, agak panjang dan kemudian aku lepas. Sentiasa bersyukur kepada Allah kerna aku dipanjangkan lagi masa untuk menghirup udara pagi sekali lagi. Sekejap2 aku merenggangkan anggota badan, cuba untuk melegakan rasa lenguh semalaman tidur mengiring. Semalam hari Jumaat, dan bila mana matahari terbit pada pagi ini hari Sabtu mula mengambil tempat. Aku suka hari Sabtu, sebab Sabtu membolehkan aku tidur dengan agak lama dan hari Sabtu mulanya cuti mingguan setelah 5 hari penat bekerja.

Sebelum aku bersedia untuk menjamah air mandi. Aku lebih selesa bersenang lenggang dahulu di dalam bilik. Menonton rancangan tv dan pada kebiasaannya rancangan kartun yang aku pilih sambil mendengar lagu yang sama berulang2 tanpa rasa jemu. Sekarang minat aku lebih kepada mendengar lagu nyanyian Allyssa Bernal dan Ana Free. Nyanyian lunak secara live dengan petikan gitar akustik dari jemari mereka ini betul2 menarik perhatian aku. Video2 klip mereka diulang2 sehingga bateri laptop aku mati sendiri.

Pagi itu aku pandang langit. Langit masih macam semalam, warna biru muda dengan kepulan awan nipis putih menjadi hiasan. Aku perasaan sejak kebelakangan ini cuaca agak terik di sebelah utara, jika berada lama di dalam rumah yang bertutup pasti akan buatkan diri rasa kurang selesa. Bila aku rujuk kepada rakanku, perubahan cuaca ini bukan di bahagian utara sahaja. Malah berpanjangan ke selatan Malaysia.

Dua hari yang lepas, rumah aku sejak dari pagi hingga ke malam tiada bekalan elektrik. Ini kerana TNB sedang memasang kabel baru di area kawasan perumahan aku. Sungguh, pada hari itu peluh aku ini begitu meriah keluar. Dengan cuaca terik di luar membuatkan rumah aku panas berwap. Jika bukan kerana aku masih berpegang kuat pada adat ketimuran dan hormat kepada masyarakat. Nak sahaja aku berkeliaran hanya ‘bulat’ di dalam rumah. Natural aircond bak kata orang. Haha. Tapi tidak, aku ini sopan orangnya. Kan Yuza kan? Heh.

Hari itu seperti biasa aku seperti orang bingung. Dan sekiranya seseorang itu bingung dan tidak tahu kemana akan pergi, mungkin perjalanannya akan berakhir di tempat lain. ‘Bingung’ adalah kata yang kita cipta bagi menghadapi hal yang kita tidak fahami tapi jika kita tidak langsung bingung, kita tidak memberi perhatian. Perhatian? Iya, perhatian yang aku perlukan sekarang. Tapi rasa bingung ini tidak lama, bila seperti biasa aku keluar bersiar mengambil angin luar. Rasa bingung ini diganti dengan putik bahagia. Apabila kita ingin rasa bahagia, buatkanlah diri ini berguna!

Bercakap perihal bahagia. Bahagia bagi aku seperti ‘bunga’ yang tetap mekar apabila yang melihatnya puas dengan memandang dan menciumnya. Kebahagiaan juga macam ‘pelangi’, tidak pernah berada di atas kepala sendiri tetapi selalu berada di atas kepala orang lain. Aku suka bunga dan pelangi. Aku suka indah yang ini.

Selamat hari Sabtu.

p/s : Im Emi. Panas lagi panas di padang masyar. Astaqfirullalhallazim..

6 comments:

Unknown said...

memang tiada benda yang dibuat kan??tapi klu da ari sabtu masa u rehat gunakan la masa itu secukup nya k fren??hehehehe...mcm aq ni lagi teda benda yang dibuat...hihihihih...x sabar nak masuk study balik..

Anonymous said...

brilliant writing..
i like the way u express your thought..
and i like ur blg..
jadinya saya akan Komen..huhu..
hope u dont mind

Qaish Nur Mikhael said...

ejan - hari Sabtu kebiasaannya
saya prefer ke cinema..

layan wayang apa saja yang
ditayang..

kalo ada citer best, saya xkisah
kalo tonton 3 movie berturut2..

kalo ada yang xbest story tue,
saya tidur jer la dalam
panggung..

thats my Saturday..

haha

love it..!!

Qaish Nur Mikhael said...

Att Ashburn - thanks
atas ur compliment.

heppy to hear it dow..

hehe..

komen dari anda sentiasa
dialu2kan..

komen la selalu ya?

hee :-)

aideeb said...

orang pendiam mmg pandai menulis..nice...klo karangan dpt A

Qaish Nur Mikhael said...

Aideed - thanks kamu..

mana ada, karangan dulu

dapat B larh.. haha

banyak main2..

apepun, thanks again coz
dropping ur comment..

appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...