sahabat Senyap

Friday, June 12, 2009

My Best Friend Is A Gurl

Dia bukan teman istimewa. Bukan juga dia jelmaan puteri Syurga. Seperti mana yang dapat dilihat insan yang kebanyakannya lalu lalang di kaki lima, berhimpit sendat di dalam bas misalnya bersama fesyen pakaian yang tampak hambar. Itu dia. Tapi entah bagaimana, aku cukup senang bersama dia. Mungkin apa yang dia punya aku turut ada. Rasa suka, duka, senang dan rintih aku dia tahu. Dia setia ada.

Dan aku fikir normal jika kita punya teman baik yang berlainan jantina. Rasanya kebanyakan kamu juga begitu. Sifat keterbukaan mereka lebih, rasa sayang mereka dan ruang mereka juga lebih jika dibandingkan dengan rakan sesama jantina. Iya, sudah fitrahnya begitu.

Tapi ada masa rakan ini juga punya ‘tarikh luput’nya, rasa manis dulu akan lama kelamaan jadi tawar bila sampai waktu teman itu punya ‘insan istimewa’ dan memilih untuk kekal bersama. Sampai situ sahaja. Ada yang setia kekal dan ada yang terus terpisah.

Bersahabat bukan diukur dengan siapa yang kamu kenal paling lama atau siapa yang dikenal dahulu atau siapa yang lebih prihatin. Ia semua dilihat dari siapa yang datang dan tidak sesekali akan pergi.

Tapi sudah adat manusia, kadang2 mereka lupa untuk menghargai seseorang yang ada dengannya. Tapi, bila dia kehilangan orang itu. Dia akan menangis. Menangis beria2. Dan akan merindui orang itu sangat2! Rasa rindu untuk sentuh, lihat, rasa dan sayang dia kembali akan menggigit2 hati tika itu.

Kau dan aku adalah satu
tak kira apa
Segala rintihan aku
engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
biarkan saja
Kerana terbiasa
Mengejar mimpi dan pasti akan aku
Merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat untuk bertemu
Tiada henti walau mana kita berdiri
Didalam dunia ini
Bila sampai akhirnya nanti

p/s : I’m Ami. Suka aku dengan lagu Aizat yang ini. hehehe

10 comments:

☺5rux☺ said...

sape best fren awk tu?

*sibuk je nk tau, hihi...

Anonymous said...

ada juga best friend lelaki..
masih baik..
tp bukan ke manusia tu suka bawa cerita?
kadang- kadang persahabatan tu disalahertikan..
boring betul kn :P

Anonymous said...

hmm,,
pe yg silent melody tulis mmg btOl..
yg drsekan sweet mule2,,sooner akn jd hambar,,
btw,,lagu aizat tuh pOwn sy suke,,
cz lyrics dy meaningful..
huhuu

Unknown said...

memang best klu ada kwn yang lain jantina n lagi best klu kwn kita tu faham perangai kita....yang susahnya skg ni susah u cari sahabat yang lain jantina yang faham ngan kita kan??asik2 klu nampak pompuan ama lelaki trus cakap yang kita ni kapel...hurm...manusia2...

kan3??

flovatedz said...

sgt best lau ade best friend!

i love my best friend very veryyyyyyyy much! ;D

Qaish Nur Mikhael said...

5rux - who's my best friend??

hahaha

jeng3..

nak kena bagitau jugak ker??

erm, dulu ramai tapi sekrang
dah ramai yang xde coz ada
yang kawen, ada yang dapat
bf cepat jeles..

so, Senyap terpaksa la beralah
asalkan kawan tue hepi ngan
pasangan dia..

as long she heppy, sama pun
heppy..

sapa kawan eyh?
antaranya kat sini Bulan..

tapi rata2 xde blog..
yang tinggal kini only Yuza

sejak Montel dan kahwen,
hee

manyak nama gelaran saya kasik kat kawan2 saya yer..

Qaish Nur Mikhael said...

Att Ashburn - a'ah, kdg2 tue
mata yang melihat suka
buat kesimpulan sendiri..

xsemestinya rapat itu mesti
berkaseh..

kadang2 kawan lagi rapat dari
kekaseh itu sendiri..

saya tak tahu, tapi
itu yang saya rasa...

heh, thanks dropping ur comment
ya? appreciate it..

Qaish Nur Mikhael said...

mynamyra - eheh, iya..
mula2 rasa manis tapi bila
dah xde keperluan mungkin
terus jadi tawar..

kan? kan?

having same experience ya??

wah, dah ada persamaan dah tue
kita berdua? :-)

Qaish Nur Mikhael said...

ejan - eyh?
sapa kata susah mau cari?

Senyap nie apa?

try la kawan ngan saya dulu,
confirm xnyesal..

ari2 jenuh tahan perut
la layan merepek saya
yang suka jadi 'gila' ini.

hahaha

xcaya tanya sama Bulan?

Qaish Nur Mikhael said...

Lady Fafa - can i be ur best
friend?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...