sahabat Senyap

Thursday, July 09, 2009

Bangkitkan Rasa Yakin

Aku kerap membisu dalam rutin hariku, lebih selesa tertawa dan tersenyum. Senyum itu satu sedekah, senyum itu juga umpama manisan riak wajah. Jadi untuk kekal cantik rajin2 la senyum. Hehe.

Bila dikenang semula azali aku yang dulu dengan sekarang. Benar, memang banyak yang sudah berubah. Yang penting, sifat yakin pada diri itu perlu disemai sejak awal. Benih yakin itu lama kelamaan selepas dipupuk dan dibaja pasti akan membuahkan hasil. Entry ini aku tuju pada individu2 yang sangat nipis tahap confident dalam diri. Tiada confident hari ini bukan bermakna pada esoknya confident itu tetap tidak akan datang. Ia sentiasa ada, cuma perlu dikejutkan dari tidurnya.

Bukan susah mahu ada keyakinan diri. Kita tidak yakin sebab apa? Takut apa pandangan orang. Risau dengan apa yang lain akan fikir. To overcome that fear is to go straight to fear itself. Jika takut berhadapan dengan orang, maka selalulah bermesra dengan yang lain. Kembali kepada rangkap atas tadi, sentiasa senyum. Pasti hari itu akan senyum kembali kepada kita.

Dalam satu program Management Training yang aku hadiri, ingin aku kongsi pengalaman. Aku seperti yang aku tahu memang jenis yang tidak banyak bercakap dan agak pemalu. Tapi ketika sesi ‘bebas’, aku sukarela naik ke atas pentas dan apa yang aku buat? Aku beri ucapan. Memang dalam hati ini Ya Allah, gugupnya. Tapi bila kita sudah mula intim dengan pentas, berasmara dengan rasa takut, tarik nafas panjang, pasti nafsu gugup itu sedikit2 akan padam.

Dalam speech itu sedikit aku bercerita tentang diri aku, sekejap dengan nada tinggi dan sekejap2 dengan nada perlahan. Aku suka bermain dengan emosi audiens waktu tu. Ada yang ketawa dengan jenakaku, dan pada part speech aku yang sedikit berbunyi “Saya pada dulunya tak ramai sangat kawan. Kawan saya cuma buku dan papan lukisan. Bila saya marah, saya lukis. Bila saya suka, saya bercerita melalui lukisan. Tapi hari ini saya gembira, jika semalam kawan saya hanya yang itu. Tapi hari ini saya sudah ada kawan baru yang seramai lebih seratus orang dalam dewan ini… Bla Bla Bla”

Apa yang berlaku. Pada bait2 rangkap itu rata2 yang ada didepanku kaku. Masing2 mata mereka menumpukan perhatian pada setiap baris ayat yang aku tutur. Sebabnya aku tutur dengan agak perlahan dan sedikit sayu. Sengaja buat macam itu sebenarnya. Hurm, psikologi. Dan di akhir sesi, hampir keseluruhan audiens yang ada datang pada aku. Semua hendak berkawan dengan aku. Seronok? Mesti la. Even dalam ucapan tadi ada yang bukan betul pun fakta2nya. Ada plak nak kawan ngan buku ja. Ceh. Ingat aku hidup dalam zaman batu ke. Nawaitu aku hari itu cuma hendak tambah kenalan tapi jika aku ini orangnya pendiam, cara mana lagi yang boleh tarik perhatian semua yang ada. Atas pentas la.

Pertama, cubalah, kemudian yakinlah. Yakin pada diri sendiri adalah rahsia utama kejayaan. Tetapi keyakinan tanpa disertai dengan usaha, bagaikan burung tanpa sayap. Sesiapa juga mampu lakukan, hanya berazimatkan berani serta gersang riak takut dan pasti kamu akan ghairah untuk lakukannya lagi. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amy. Hari ini aku ponteng keja. (cuti AL) Hehehe. Lotey la siot alahai mak aih.

10 comments:

SasHa Lee said...

Senyap aku suka bca entry ko yang ini..

AKu time keje Jadi HR dulu aku kene wat Induction untk new Staff.. Tp aku bukan tak confident tp aku ada sifat gelabah tahap dewi oww..

**Mulaa2 memg dah prepared semua.. ala2 confident laa.. Tp start dok depan pengang mIke..terus aku punya jantung n tgn mengeletar arr.. lagi2 nampk bos pndang direct kat aku..Aku nak sebut laen...tp kuar sebutan laen.. Last2 jadi bhan ketawa..huhuhu..

**lagi satu aku memg tak pandaii berkata2 n berbahasa..

**aku kene lagi bnyak pembacaan kot..

hikk Sowi terlebih pnjag komen..;P

Orang Senyap said...

sasha lee ::

erm sasha, suma yang u kata tue setiap orang ada.. saya first time dulu nak tampil depan orang adeyh.. siyap bawak kertas tulis speech apa kat tangan.. tapi mengeletar tahap xingat.. dari dua rangkap speech jadi 3 ayat ja.. pastu terus lari.. hahaha

kena banyak biasakan diri sebenarnya, bila dah lama2 tue, insyaAllah jadi okey la.. in fact akan jadi tambah seronok.. sapa2 pun ada stage fright.. yang penting kena berani..

hehe.. owh jadi HR kat ner?
saya nie pun orang HR la kalo nak tau.. pernah jugak kena macam you kena, tapi yang nie dowang panggil soh bagi briefing last minute.. dengan xprepare langsung.. alahai..

SasHa Lee said...

Sy Jadi HR time kat Ex Company..skang dah tak jd pun..ermm..

**Rindu nak keje HR laa

Orang Senyap said...

sasha lee ::

erm, dok HR memang best..
saya rasa la sebabnya saya dari dulu lagi orang HR..

haha..

suma orang kenal.. tapi masalah gak kalo suma orang kenal.. kita jadi terkapai2 sebabnya kita xkenal suma.

SasHa Lee said...

haah tau tak ape..dok HR semua orang kenai.. tepon kite asyik berbunyi jer oo.. smpai keje susah nak jalan..yang paling besh time program induksi.. sebab ada new staff..wuahaaha..boleh cuci mata oo..;P

**senyap...awk tak da keje kosong ke untk saya?? wlpn jauh.. kalo dapat income..ok ape..

Orang Senyap said...

sasha lee ::

keja kosong? serius ke nak?

SasHa Lee said...

uitt seriuse laa orang mau keje..ada ker keje kosong???

Orang Senyap said...

sasha lee ::

position kosong tue kalau mengikut OC yang baru memang ada..

tapi buat masa nie kitorang kat sini baru ambil 28 orang dari GEMS datang buat Management Training 6 bulan kat sini.. jadi dalam jarak masa nie memang xambil lagi staff baru.. kitorang nak utiliza staf2 yang 28 orang nie dulu asist untuk kerja2 yang masih pending..

*even i pun dapat asistant tau? huhu.. asistant yang.. alahai.. sangat talkative n banyak soalan.. kadang2 rimas gak nak menjawabnya.. but u still can antar ur resume.

SasHa Lee said...

hye..Senyap.. nanti kalo tui2 sya tak dapat kerajaan..sya try hntar resume k.. skang ni nak prepared intevw gov.. Doa2kan dapt k;)

Orang Senyap said...

sasha lee ::

owh really? okey, saya doakan yang baik2 saja untuk kamu ya.. gud luck!

sentiasa percaya setiap dari kita sudah yang Di Atas itu sediakan rezeki masing2.. sabar hari ni kunci pada hari yang lebih baik esok ya.. peace.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...