sahabat Senyap

Wednesday, July 01, 2009

Si Pencinta Seni

Seperti biasa, manusia mudah takjub dengan benda yang cantik. Taksub dengan kesempurnaan yang dizahir dan permandangan yang dilukis terbit dari ilham serpihan2 dari syurga sang Pencipta. Dan seperti biasa juga, cantik itu sering disamaertikan dengan karya seni. Muzik yang merdu itu seni. Lukisan dilakar itu seni. Puisi yang digarap itu seni. Senibina itupun seni dan filsafat cendiakawan juga ditakrifkan seni.

Yang aku tahu aku bukan orang seni. Tapi aku kagum dengan golongan itu. Aku suka muzik, tapi suara aku sumbang. Aku suka lukis, tapi aku xsehebat pelukis yang lain. Aku suka permandangan yang sejuk jiwa, tapi aku bukan seorang pereka hias. Dan yang hakiki, aku bukan seniman atau penyair. Aku cuma orang biasa yang dambakan benda cantik.

Dan seperti biasa. Tidak ada penyair yang pernah melukis alam demikian bebas seperti seorang pengacara yang melukis kenyataan. Orang awam berkata, “ini bukan syair kerana tidak dapat difahami.” Penyair berkata, “Ini bukan syair kerana dapat difahami.” Rangkap puitis penyair dicantumkan dengan melodi indah seniman xpernah sekalipun mengecewakan mana2 halwa telinga orang biasa yang mendengar. Secara teoritis, seni adalah usaha bagi menciptakan dunia yang lebih manusiawi disamping dunia yang nyata.

Kali ini aku sentuh perihal seni sebab dua benda. Satu. Seperti sedia maklum, dunia menerima berita kehilangan ikon seni iaitu Mikhael atau Micheal Joseph Jackson. Tak perlu lagi aku celoteh panjang2 sebabnya rata2 aku lihat blog2 banyak berkisarkan tentang berita ini. Syukur dia meninggal sebagai Muslim. Walaupun ada bisik2 mengatakan ia sedikit meragukan. Tapi sebagai saudara se-Islam, tidak perlulah kita menjadi hakim untuk mengesahkan atau tidak. Dia sudah meninggal, setidak2nya kita sama2 hadiahkan arwah sepotong Al Fatihah…

Dua. Baru2 ini aku ada termasuk satu blog seorang pelukis. Umur muda lagi tapi talented. Dan atas sebab itu juga aku macam rindu akan ‘bakat’ yang lama aku ketepikan dulu. Sangat2 rindu. Rasa macam nak start melukis balik. Nak jadi macam Liyana. Tuan blog yang aku maksudkan. Jika kamu terbaca entry ini. Salam kenal dari Senyap ya Liyana? Hope that you can share your technic with me. Ini salah satu karya Liyana. Cool kan?


Petang itu waktu kerja aku jumpa Yuza. Nasib kamu la, kenapa kamu jadi kawan rapat aku kat situ. Hehe. She will be my subject on my sketching. My first sketching selepas kali terakhir seingat aku tahun 2004 aku berhenti melukis. Jika ‘okey’, aku upload dalam next entry ya. Tapi yang pasti aku bukan orang seni. Tak pernah ambil subjek Pendidikan Seni dan tak pernah langsung belajar teknik melukis. Cuma orang biasa yang jadikan melakar dan melukis sebagai satu hobi sedari masih kecil tika waktu dulu.


Ini teman aku Yuza ; Mangsa Keadaan

Seni adalah anugerah dari syurga, walaupun ia meminjam sesuatu daripada sinar cahaya dunia. Aku mungkin bukan pelukis, tapi aku tetap menguntum senyum sebab aku seorang penulis. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emy. Masih dalam progress siapkan potret Yuza.. Dalam fasa cuba mahirkan jari dengan teknik grid wajah. Practise make perfect !! Chaiyok2 to me.. hehe

17 comments:

SasHa Lee said...

Senyap..sya pun minat melukis.. sy tak penah masuk mana2 kelas time sekolah menengah dulu..sy cuma belajar dari buku jer.. lepas jer habis SPM sy pun mengstop melukis..

Cume time kolej dulu.. bila LEcturer membebel kat depan sy wat project kat nota.. heee.. setiap nota mesti terselit lukisan kecil...

first Potret yg sy lukis ialah Bae yong jun..kenai tak??

**sya nanti2 kan potret Yuza.. Chaiyok!!

**thankz be my folo..

mynamyra said...

owhh,,
lukis potret yerp?
gud luck!!!!

LiYaNa said...

cubalah.. usahalah.... kalau ada kemahuan.... tentunya ada kejayaan menanti....

saya pn beginner lagi.... start balik seni yg dh lama tinggal dulu...

"Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful."
[Albert Schweitzer]

believe me... trm ksh byk2 ya posting ni ada promote karya saya... satu penghargaan yg tinggi buat beginer mcm saya... sama2 kita berjuang...

jom join komuniti seni ni, byk member boleh bntu awk..

http://artzone.ning.com/

salam seni,

Liyana.

Orang Senyap said...

sasha lee ::

really sasha?? wah, story kamu betul2 sama macam saya waktu dulu.. time skool saya stay dalam asrama, boleh kata semua buku teks, rujukan ada sketch saya... sampaikan atas meja pun saya lukis.. sempat jugak la kena denda dengan cikgu.. hahaha

cumanya bila buat diploma dulu, terus stop.. coz nak fokus on my study, rasanya agak brbaloi coz result diploma pun alhamduillah (dekan)..

tapi geram bila cuba nak lukis balik, tangan dah macam keras.. rasa sayang sangat..

** erm, my first potret is David Beckham.. skang potret tue dah kawan ambik.. nak buat kenangan katanya... hehe..

** u knoe what,saya suka brkawan ngan orang yang kongsi minat yang ini..

keep in touch ya.. peace

Orang Senyap said...

mynamyra ::

a'ah myna, potret n karikatur..
just praktik balik jer..

jeles sebenarnya bila tgk
orang boleh lakar something hingga
ke tahap 'hidup'..

that i want to do also.. :-)

Amy said...

eh !!! macam pernah kulihat muka perempuan dalam lukisan ini..xpi di mana ya???? he3...

Orang Senyap said...
This comment has been removed by the author.
Orang Senyap said...

liyana ::

salam pada kamu,

komuniti seni? really.. okeh !! saya join pasti.. thanks..

beginner? erm, honestly the way u express ur sktch i dont think that u in 'beginner' level la liyana.. dah lama ker aktif melukis ? pernah belajar sebelum nie ?

love to learn from you, keep in touch...

sampai ketemu lagi..

salam seni.

Orang Senyap said...

Amy ::

yeke pernah jumpa?

kamu nie kan suma orang pernah jumpa.. hahaha

dah berhabuk la u punya page sis..??

bila nak update..

SasHa Lee said...

ISkh sya memang minat seni melukis woo.. ingat lepas SPM nak masuk Art n design.. tp parents tak bagiii...Sub33..

Lukisan2 mase SPM dulu still simpan lagi..

**aku pakai crayon n pansel jer.. kalo potret aku pkai pensel.. pemandangan baru aku pakai crayon..

Yarh senyap... touch n mengtouch aekk..touch di alam maya (",)heehe..

BUT make sure awk siapkan Potret wanita bertuah ituuu..;P


***Liyana kalu ada komuniti seni.. sya pun nak masuk.. suka2.. tok guru nyer liyana k..

::cik kikiLaLa:: said...

cant wait to see the potret!! let me know ya..hihi

Orang Senyap said...

sasha lee ::

sasha.. emy sokong 150% kalau liyana
yang jadi gurunya..

hehe

peace ya liyana.. :-)

Orang Senyap said...

cik kikilala ::

alahai kikilala, erm.. that potret either turn out good or disaster..

hahaha

jangan terlalu mengharap ya, tapi saya cuba juga to create my masterpiece.. ewah.. hehehe

thanks for concern, appreciate it..

ejan cakap:nama aKoo..NuRfarIzaN aNaK sULung pakCik AhMad said...

wah...lukis3...aq dulu pdi melukis...komik nobita time aq tahun 4...hahahaha...skg dah btukar jadi suka BECAKAP....hahaha:)

Orang Senyap said...

ejan ::

komik nobita ya ejan?

hehe..

jadi kamu boleh la pula ajar aq bercakap dengan petah?

i'm quiet bad on that one..

hee

Att Ashburn said...

x pandai melukis..
x suke seni..
suke muzik..hehe

Orang Senyap said...

att ashburn ::

eyh, bukan ke muzik tue pun satu seni?

kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...