sahabat Senyap

Saturday, July 18, 2009

Best Job Ever

Tadi aku ke TESCO. Sekadar singgah membeli Pringles dan lain2 kudapan ringan. Ole2 buat family. Ketika hendak ke kaunter untuk membuat bayaran aku lihat deretan barisan panjang beratur dengan troli penuh berisi disisi. Sementara menunggu giliran aku, aku lebih gemar menjadi pemerhati.

Sekilas aku pandang cashier2 di situ. Walau ramai customer, tapi mereka tetap dengan senyuman walau riak wajah mereka ada sedikit terlukis raut letih. Tugas mereka simple, hanya perlu scan barang2 yang dibeli pada pengimbas bar code dan masukkan barang tadi di dalam plastic. Tapi azab yang perlu dihadapi mereka cuma sepanjang tugas mereka diharuskan berdiri. Jika ramai customer macam sekarang, berdirilah sampai que makin surut. Tapi aku fikir balik, TESCO ni pernah surut ke dengan orang? Dan sebagai cashier, mereka berada di barisan hadapan. Secara tidak langsung imej mereka perlu dijaga. Aku perasan, rata2 cashier di situ bermuka manis dan kemas. Dan jika ada barangan yang diambil customer rosak, mangsa maki hamun juga cashier. Tapi yang customer ni pun, kenapa tadi tak lihat betul2 barang yang diambil. Tak pasal2, cashier yang innocent tu jugak yang kena ‘basuh’.

Setelah dihipotesis dan dieksperimen oleh aku yang naïf ni. Tiba turn aku di kaunter bayaran. Aku lihat badge card cashier tu tertera ‘Zalina’, nama dia mungkin. Reaksi seterusnya, Pringles aku tadi terus hinggap di bahu aku bila kena limbas dengan cashier yang namanya ‘Zalina’ tadi. Aku perasan customer yang beratur di belakang aku rasa sikit cuak. Tidak menjangkakan reaksi tadi barangkali.

‘Sejak dah kerja lain ni dah lupa jalan nak mai sini ke? Aku sepak jugak hang ni kang.’ Tutur cashier yang namanya ‘Zalina’ disambung dengan gelak ketawa.

Hehe. Actually Ina ni kawan rapat aku. Dia ni memang rock sikit. Tapi kelakar. Nak jumpa dia senang jer, pergi TESCO Sg Petani. Yang rupa macam anak mami tu dia la. Berkulit putih cerah. Tempat dimana aku pernah buat part time as cashier (haha) 2 bulan masa cuti semester dulu. Rakan seangkatan aku dulu ramai yang ikut jejak aku. Berhenti. Yang tinggal cuma Ina.

Sepanjang 2 bulan aku bermastautin disitu, aku belajar yang rata2 pekerja di situ banyak yang cuma buat part time. Jangan terkejut jika aku kata cashier yang scan barang kamu itu ada yang punya Degree. Sebabnya jika di TESCO Sg Petani, cashier di situ rata2nya budak2 U yang spend time hanya nak habiskan masa cuti semester. Macam aku dulu.

Dah banyak tempat aku kerja. Mostly part time. Tapi jika perlu buat perbandingan, no doubt it would be TESCO in my best job. Sebabnya xde langsung stress, tiap2 hari dapat jumpa orang, boleh sembang2 time kerja. Kawan yang ‘gila2’ ramai. Ah, miss the old day. Tapi itu la, zaman sekarang ‘green note’ yang jadi ukuran. Heh. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Amiey. Pedih kan bila kita dihina ? Aku dah macam malas dah nak ambil tahu hal orang. Ini last aku sentuh sal emosi kat dalam entry nie. Bukan apa, mulut orang ni susah kita nak kawal. Bila dah perasan bagus ni leceh.

14 comments:

s-o-f-e-e- said...

salam .. awak dok kat sg petani kew ??

5rux said...

kte pn pnh jd cashier kt k4. part time je...cuz xde duit da. ;p
kne maki tu xde la..tp cuzt kerek2 belaka. byk btul kerenah..tp kne gk la wt manis muka. adeh!
tp advanture la even penat..;)

haN@ said...

ceh..ingatkan cashier tuh tersilap org ke hape..
upnyer kawan...

[z@ck] said...

klu nk bt part time kt TESCO..cm ne ek nk apply? tringin gak nk try..

SasHa Lee said...

tak penah jadi cashier..tapi jadi asst Cashier..masukan barang.. memang perit nak berdiri jer kalu customer ramai..but stil senyum dan ucap terima kaseh.. Pengalaman yang besh..;)

Orang Senyap said...

sofee ::

saya stay area alor star.. Ant Nest Castle.. nama melayu Kota Sarang Semut.. huhu.. agak kelakar sikit bunyi dia..

sapala yang kasik nama nie wallahualam.. hehe

u pun kedahan ker?

Orang Senyap said...

5rux ::

hai 5rux.. wah, lama u tak singgah..
keja mana skang? hehe :-)

Orang Senyap said...

hana ::

kawan ler, kalo bukan kawan haish..
nak jer saya basuh dia balik.. haha

xde la, xberani nak basuh orang suka2 hati.. baek tul dapat customer macam saya nie tau.. huhu

Orang Senyap said...

zack ::

aip? layan TESCO jugak ke zack?
erm, u pegi dekat belakang TESCO tue.. jalan berpandukan kedai Nasi Kandar tue..

isi borang jer, pastu esok lusa confirm dorang akan tepon.. trust me.. senang sangat nak masuk TESCO..

Orang Senyap said...

sasha lee ::

asistant cashier? u mean packer eyh?
yang masukkan barang dalam plastic tue.. huhu..

pernah gak jadi macam tue, tapi kejap jer.. memang azab nak berdiri.. tapi fun experience sebenarnya.. money cant buy.. hehe

wawa said...

i nie bru bdk skola..
best ke jd cashier??
dorg kene brdiri 12 jam x henti2..

my friend pnh jd cashier..
but 2 week da stop..
coz letih giler..

haN@ said...

alhamdulillah la dpt customer cam u..
hahaha

Orang Senyap said...

wawa ::

cashier nie keja dia memang leteyh.. tapi depend on environment la.. kalo kawan2 kat situ friendly bangat.. leteyh pun xterasa.. cuma yang ada 'cant wait for tomorrow to come'.. hehe

Orang Senyap said...

hana ::

a'ah, customer on in a million niey.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...