sahabat Senyap

Friday, July 17, 2009

Black & White

Kepul awan putih kelihatan sedikit nipis seperti kertas tisu disimbah air basah. Bergerak perlahan2 diteman angin pagi yang bertiup dingin. Udara agak sejuk dengan embun pagi menitik2 di laman landskap di hadapan rumah. Seperti malam semalam dan kelmarin, tidur malam selalu diteman dengan hujan yang datang singgah. Cuma semalam hujan datang dengan agak lama dan deras, menjadikan udara pagi ini seronok dihirup. Sebabnya ia extra nyaman dan extra bersih.

Sungguh harmoni, semuanya di luar jangkaan aku. Betapa Yang Satu sentiasa memberi dan memberi hanya yang terbaik pada ciptaanNya. Dan rasa yang ini membenarkan hati aku tersimpul senyum senang. Tidak lagi rasa sakit macam semalam.

Berkongsi itu bagus, itu kata ibu. Jadi bila aku keluar membeli nasi lemak di gerai makcik tepi jalan, aku tidak lupa untuk berjenaka dan bertegur sapa. Lihat makcik itu ketawa, aku rasa senang. Juga bila aku singgah pula untuk membeli surat khabar di kedai yang lain, tidak lupa aku hadiahkan satu senyum. Dan sekali lagi seperti tadi, senyum aku akan dibalas kembali dengan senyum yang lain pula. Senyum itu putik kepada gembira. Sentiasa senyum akan jadikan kita cantik! At least itu yang selalu diberitahu Ibu. Bagi aku, senyum itu permulaan kepada erat yang lebih baik.

Tapi sudah adat, xsemua yang suka apa yang kita buat. Tak semua hati boleh dipuaskan. Bila aku cuba mengetuk hari pagi teman yang lain, mengucapkan kata selamat seperti biasa. Ada yang menyambut dengan hilai tawa. Ada yang tidak gemar. Ada juga yang membalas, “Don’t be to concern, I don’t like it”.. dan kata2 lain yang sedikit hurm… Agak terkedu juga pada mulanya. Kata2 dari teman baik sendiri. Ah, mungkin dia sibuk agaknya di pagi hujung minggu ni. Salah aku mungkin. Minta maaf. Niat cuma nak menceriakan kamu. Tapi aku bukan berhatikan batu dan sedikit pun aku tak kisah kamu. Aku tahu kamu agak sibuk kebelakangan ni. Sentiasa kata2 doa hanya yang baik khusus untuk kamu aku panjatkan. Aku juga sibuk, aku juga kadang2 ada masalah. Tapi itulah namanya hidup.

Matahari sudah makin tinggi, kelihatan makin gah juga memancarkan cahaya. Alam sudah mula senyum pada isi bumi. Bersedia mengadap satu lagi hari yang baru. Sama juga aku, tapi waktu pagi ini aku lebih selesa berbaring2 dahulu sebelum merancang aturan program hari minggu kali ini. Selak kejap surat khabar yang dibeli tadi, lihat pada ruangan ‘filem’. Nak tonton wayang apa hari ni ya… hurm, sambil menyisir rambut ke belakang yang jatuh mengurai. Rambut dah panjang. Tapi tidak melebihi bahu, jadi pada aku itu tidaklah panjang sangat. Hanya akan kelihatan messy pada waktu pagi. Belum masa untuk dipotong. Not yet.

Jam di dinding bilik menunjukkan masa 11.14 pagi. Masa yang aku rasa sesuai untuk aku mulakan hari aku. Selamat pagi semua. Selamat pagi Malaysia. Selamat pagi dunia. Peace dari Senyap.

Selamat menyambut hari minggu.

p/s : I’m Amih.Waktu aku post entry nie aku baru keluar dari cinema. Skrip 7707. Pasnie satu lagi movie nak tonton.. haha

6 comments:

Asyraf Abdul Rahim said...

ayat kau.. terbaikk.
layan je aku bc.

skrip 7707 best tak?

s-o-f-e-e- said...

besh tak cite skrip7707 tu ? harrypotter dah tgk ? tp kan ada certain people kan , bile kite snyum .. die wat derk jek .. meluaat btol !!

Orang Senyap said...

asyraf abdul rahim ::

yeke asyraf? haha. time kaseh..

skrip 7707 nie ada jugak time seram dia.. tapi for me la, aku rasa pemilihan pelakon dia xkena la. walaupun pelakon2 dia best2, tapi macam xkena ngan watak.. klise dowh.. ada plak pilih pelakon komedi jadi antu? pompuan remaja mengandung? tapi suami dia tua giles.. yang sengal, prof razak jadi antu.. aduyai..

cuma 3 watak jer yang layak dapat puji. que, norman kru n jehan.. watak dorang memang menjadi..

citer nie macam sikit tergantung.. secara jujur la.. tapi kalau setakat nak hiburkan diri.. erm, boleh ditonton.. sebab ada banyak citer hantu urban..

Orang Senyap said...

sofee ::

a'ah, pas skrip 7707 tue saya tgk movie harry potter.. hehe

harry potter kali nie best, at least tak buatkan saya tertido dalam panggung bila tgk last movie dia dulu... must see.. :-)

mynamyra said...

ice age da tgk?
ngeeeeee~

Orang Senyap said...

mynamyra ::

ice age 3?

dah tengok a week before tue..

hehe..

u r talking with a kaki wayang tegar larh.. hehe :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...