sahabat Senyap

Wednesday, July 08, 2009

Cepat Sembuh Ayahanda

Bismillahirohmanirrahim…

“Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ringankanlah beban sakit hamba Mu ini Ya Allah seperti layangnya kapas putih dihembus angin. Kau percepatkanlah proses sembuhannya seperti mana cepatnya cahaya matahari menjamah bumi di pagi hari, dan Kau permudahkanlah jua laluan hari mukanya seperti air jernih sungai yang mengalir. Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha berKuasa di dalam setiap sesuatu itu…”

Ameen…

Alhamdulillah. Terima kasih kepada sesiapa yang membaca entry ini, terima kasih juga kerna anda secara automatiknya turut membisikkan kata2 doa buat Ayahanda. Minta maaf, kali ini tiada gambar ‘Superman’. Sebagai ganti aku sisipkan gambar seorang staf syarikat aku yang kini terlantar sakit di wad Kenanga Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Yang mana di tempat kerja aku, beliau lebih mesra disapa ‘Ayahanda’. Orangnya bagi aku sangat baik, baik dari segi tutur kata dan sifat yang ditunjukkan. Sesuai dengan pangkat ‘Haji’ yang diperoleh beliau.

Benar, malang itu memang tiada bau. Kita tidak dapat hidu atau rasa bila dia sudah mula mendekati kita. Andai ini berlaku ke atas diri kita, kita tidak perlu merungut malah sentiasa panjatkan rasa syukur. Kerna bagi aku rasa ‘sakit’ itu membuatkan kita lebih ingat pada Dia. Rasa sempit itu jadikan kita lebih dekat dan rapat dengan Nya. Seperti yang termaktub di dalam Rukun Iman, Percaya kepada Qada dan Qadar. Mungkin pada petang itu Qada dan Qadar sudah tertulis buat Ayahanda.

Pada jam 6.28 petang selepas waktu bekerja, aku difahamkan Ayahanda pulang ke rumah seperti biasa dan bila tiba di persimpangan Harvard ada sebuah kereta bergerak agak laju ingin memotong kereta dihadapan dengan mengambil laluan motosikal. Kebetulan motosikal yang ditunggang Ayahanda berada di situ dan kereta tadi melanggar deras motosikal Ayahanda dari arah belakang. Kesan hentaman itu Ayahanda patah tulang bahu, 3 tulang rusuknya juga patah, telinga dan mulut berdarah (aku tak pasti samada ada kecederaan dalaman atau tidak), tangan dan siku Ayahanda juga turut mengalami luka yang agak dalam. Astaqfirullahalazim.. Ayahanda…

Yang lebih menyedihkan dan lebih sakit bukan setakat itu. Bila Ayahanda dikejarkan ke Hospital, servisnya Ya Allah… Sangat sangat sangat mendukacitakan. Bayangkan dengan kecederaan yang Ayahanda alami tadi, dengan rasa sakit Ayahanda yang sedari tadi cuba tahan tapi Ayahanda menerima rawatan pada keesokan paginya. Boleh bayangkan. Kejadian berlaku jam 6.30 petang tapi pada jam 10.00 malam Ayahanda masih di tempat menunggu, duduk di kerusi menunggu dan menunggu bila rawatan akan diberikan. Bayangkan juga, sejak dari petang tadi, darah yang keluar dari mulut dan telinga Ayahanda tadi kering sendiri. Sadis. Pedih yang mana kami turut sedih bila mendengar Ayahanda merintih mengadu sakit. Mengalir air mata Ayahanda. Bergenang lagi air mata kami melihat Ayahanda. Semua servis Hospital Kerajaan macam ni ke ha ??!! Memang timbul juga rasa kesal, kan lebih elok jika tadi kami bawa sahaja Ayahanda ke Hospital Swasta.

Aku juga pernah dikejarkan ke Hospital atas kemalangan jalan raya dulu, tapi cuma kecederaan di dahi dan retak tulang kaki kiri. Dengan kecederaan yang sedikit itu pun aku sudah tidak tahan, inikan pula Ayahanda dengan kecederaan yang lebih dari itu. Hurm… Moga cepat sembuh Ayahanda. Ameen Ya Allah.


Ayahanda Dan Syahrol Yuzy


Dari kecil, aku seperti mempunyai satu kelemahan yang agak ketara, aku cukup lemah bila lihat orang yang dalam kesakitan dan menatap orang yang menangis. Entah, aku akan mudah rasa tak tentu arah. Macam aku akan rasa apa yang diorang rasa. Mungkin atas sebab itu aku cukup benci dengan Hospital. Cukup fobia dengan darah. Cukup trauma dengan bunyi rintih. Tiada apa yang lebih sakit dari melihat orang yang dekat dengan kita disakiti. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amiey. Selalu jadi tempat luahan kawan2 dulu. Ada yang datang bercerita sambil menangis. Menangislah, biar kamu rasa lebih lega. I’ll always be a good listener as long as you need me. InsyaAllah.

17 comments:

*f@ryh@* said...

semoga ayahanda cepat sembuh dari segala kesakitan yg ditanggungnya..amin.

Att Ashburn said...

moga cpt sembuh ayah kamu ye..

mynamyra said...

hurm,,
hosp kerajaan mmg bad services..
ape2 pOwn,,
smoge beliau cpt smbuh,,
amin

[z@ck] said...

smoga ayahanda cepat sembuh..
aku pn doakan moga Allah ringankan penderitaan ayahanda..

p/s : aku pn senang tersentuh klu tgk org sakit..huuuu

ejan cakap:nama aKoo..NuRfarIzaN aNaK sULung pakCik AhMad said...

semoga ayah sihat....mari kita sama2 bdoa semoga yah btambah sembuh...amin...

Orang Senyap said...

to aLL ::

thanks semua.. kata2 itu boleh jadi satu doa.. moga Ayahanda cepat sihat..

ehem, ada yang konfius ker kat sini? Ayahanda act not my father.. cuma dia salah seorang staf company yang kami gelar 'Ayahanda'..

myna - hospital kerajaan nie.. hurm, xnak la ulas panjang lagi.. sapa yang pernah terima rawatan kat sana, dah boleh bayang dan gambar apa yang dibuku..

Orang Senyap said...
This comment has been removed by the author.
SasHa Lee said...

Hye Senyap.. Aku sentiasa doakan semoga ayah ko cepat sembuh..

Merasa orang yang disayangi dalam kesakitan memang satu kepedihan kite nak menelan..

**Be Strong..

che said...

sifat empati itu sangat bagus..semoga ayahanda cepat sembuh, sentiasa tenang n sabar dengan dugaan Tuhan..

Orang Senyap said...

sasha lee ::

again, he is not my ayah la sasha..
aduhai..

hehe..

cumanya dia seorang yang agak dekat dengan saya di tempat kerja..

bukan saya saja, malah dengan semua.. jadi bila something like this jadi pada dia, semua disini agak terasa..

Orang Senyap said...

che adlia ::

thank my sister in law soon to be.. :-)

@deyLL@ said...

geli2 je bulu idong adinda bace komen di atas..nway,adinda turut mendoakan y sama.Tu la tolis panjang sangat..owang tak abes bace

Syiekatsuya said...

Moga "ayahanda" cepat sembuh. Jua harap keluarga nie bersabar dan banyak berdoa.Memang tidak dinafikan pemandu sekarang agak kurang ajar sikit dijalanraya.
http://syiekatsuya.co.uk

Orang Senyap said...

@deyLL@ ::

kenapa adinda geli lubang hidung? sudah lama tidak diservis ya?

hahaha

erm, sama2 la kita doa ya...

Orang Senyap said...

Syiekatsuya ::

yup! setuju.. tapi itu la 'Malaysian'..

iye dak?

::cik kikiLaLa:: said...

wah ..mungkin cik kikilala agak lewat baca entry ini. tapi its really touching.harap cepat sembuh..amin..

p/s= agreed with certain inconvenience gov hospital `s service..someone should do sumtin bout that.shall we ask our new Najib?i wondering...

Orang Senyap said...

cik kikilala ::

hurm, bagi elak kes seumpama ni berlaku lagi, i think yeah its should bawak hingga ke parlimen..

ada juga kes excident, tulang kaki sampai tertonjol keluar tapi still servis macam tue jugak..

salah siapa ye?

i think 'someone' should do post mortem on this.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...