sahabat Senyap

Friday, July 10, 2009

Rindu Pada Dania

Ah, rindunya aku pada Dania. Sangat2 rindu. Dan bila aku kerumahnya tadi terus aku peluk dan kucup lembut dahi dia. Lihat dia tersenyum hati aku turut berbunga girang. Hurm, makin comel la Dania. Sukanya aku. Dah berapa lama eh. Ha, dah genap 3 bulan dah umur Dania sekarang. Ini baby akak pupu aku. Akak kerja waktu ni. Dania dihantar ke rumah Tok Abah dia (Pak Long).

Waktu ini Pak Long xde dekat rumah, yang ada cuma Mak Long, Junaida (June) sama dengan baby Dania. Rasa macam aku ketua rumah plak time ni. Iyelah, sorang2 je laki dan yang lain semuanya Hawa. Aku perasaan waktu aku masuk rumah Pak Long tadi, ramai jiran2 disitu lihat aku semacam. Mungkin tak pernah lihat kelibat aku disitu kot. Sempat jugak kena belasah dengan June kat depan pintu tadi. Haha. Belasah manja ja. Dia merungut kenapa aku lama xdatang rumah n tengok wayang sorang2 tak ajak dia sama sedangkan jarak dari CS ke taman ni dekat jer. Mak Long sekadar tersenyum. Hurm, apa khabar Mak Long.

Bila lama tak jumpa, mulalah semua cerita keluar. Ada cerita manis, ada yang pahit keluar dari mulut June. June ni memang suka bercakap. Sangat talkative. Aku cuma mampu termangu n mengangguk senyum. Sekejap2 aku main dengan Dania. Geram la. Dah makin comel, rambut pun dah lebat. Agak terkejut jugak bila dari celoteh June, ada kes lari dari rumah yang jadi kat salah sorang relative aku. Sebab apa tu, tak payah la aku cerita kat sini, agak personal. Sudahnya 2 jam aku spend dekat situ, berborak sembang dengan Mak Long dan June. Oopps, baby Dania pun sama. Dari tadi xberkelip mata Dania lihat muka aku. Why? Tak pernah tengok Uncle Emy eyh. Hehe.

Sebelum balik, aku ajak June pergi pasar malam. Jalan seiring dengan June di kawasan perumahan dia betul2 tarik perhatian sesetengah orang. June ini pulak agak manja, dari tadi xlepas2 pimpin tangan aku. Ai, ambik kesempatan ke budak nie. Hurm, biar la. Asal you happy sudah. Lagi pulak dah lama aku xjenguk cousin aku yang sorang nie. Dia sebaya dengan adik bongsu aku actually. Ambil SPM tahun ni. Lepas beli buah tangan untuk Mak Long aku terus minta diri. Hari dah kelam, hujan pun ada sedikit rintik. Jumpa lagi ya Dania. Sayang kamu.

Selamat Hari Sabtu.

p/s : Im Emy. Keluarga adalah inti peradaban. Walau kawan datang dan pergi, family always stick together.

20 comments:

::cik kikiLaLa:: said...

send my regard to dania. ajar dia to jawab my regard ya..ngesnges

ejan cakap:nama aKoo..NuRfarIzaN aNaK sULung pakCik AhMad said...

kimsalam ama cik dania,k mr.senyap??hehehehe...

SasHa Lee said...

Famly come first..
Dania..comei nama tue..mesti secomel budak itu...

Att Ashburn said...

mesti comel..
yg June tu hahaha

[z@ck] said...

ko blik umah ke..
kt mana...?
SP?

Orang Senyap said...

cik kikilala ::

alahai, budak pun dok hagagagaga
lagi.. cam mana nak ajar jawab salam..

hehe.. :-)

Orang Senyap said...

ejan ::

erm okey.. i will..

kim salam jer ke makcik ejan?

coklat, kopok2 xnak kirim skali?

nak kirim duit simpanan ASB pun kami terima tau.. hehe

Orang Senyap said...

sasha lee ::

Dania Sara Aleesya nama full dia
Sasha.. comey macam uncle dia nie jugak..

hehehe.. peace.. :-)

Orang Senyap said...

att ashburn ::

ahahaha..
erm, boley tahan jugak la si June tue awak eyh..

hehe.. tapi anggap dia macam adik jer,
takde nak lebih2.. hee

Orang Senyap said...

zack ::

kat SP tue umah cousin jer zack..
umah saya area Ant Nest Castle.. hehe

nak tau bukak kamus la..

kiranya kita nie xde la jauh sangat kan?

pusing2 kat situ jugak..

aideeb said...

mmmm....si june cute yg ambik kesempatan pimpin tgn ke encik sepupu dia yg ambik kesempatan..sbb mengikut kronologi cerita nih..encik sepupu dia yg ajak si june cute ke pasar mlm...huhuhu..peace no war.

mynamyra said...

huh?
cmeyl cm uncle dy jugak??
heh..huhu..
hurm..
mmg btOl..fmly smpai ble2 xley ptus hbungan..
smpai akhirat.. kn2?

Orang Senyap said...

aideeb ::

haish, xabis2 dengan kronologi narnia dia tue?? huhu

i suci la awak, mana ada nak ambik2 kesempatan nie..

boleh menjurus ke sumbang mahram tau..

ui, mintak simpang la banyak2.. :-)

Orang Senyap said...

mynamyra ::

eyh myna ? xbetul ke ayat saya diatas tue? hehe

erm,betul2.. air dicincang xkan putus.

che said...

dania bucuk2, sepupu mana boleh pgang tgn..hoho..hehe..

aideeb said...

sori nak komen lagi..

sepupu leh jadi sumbang mahram ker???

kena check balik ngan JAKIM nih...huhuhu (peace no war)

Orang Senyap said...

che lia ::

eheh, che..

kamu betul2 buat saya agak speecless la..

haha

Orang Senyap said...

Aideeb ::

deeb.. ahahaha.. erm, xpe2 pasni dah xrela diri ini disentuh lagi..

huhu

che said...

mengikut firasat hamba, maybe sepupu mr senyap ada hati kat senyap..
mr senyap kena peka ni bab2 mcm ni..
hoho..=)

well, ask me..im professional..hehe

Orang Senyap said...

che lia ::

owh, macam tue ke? eh lia, rasa janggal lak you panggil mr senyap nie.. emi la..

tak tahu la nak kata apa, tapi dulu ada la jugak makcik dua pupu nak jodohkan ngan anak dia.. but not this cousin la..

pergh, time tue rasa cam nak lari dari rumah jer. seminggu xcakap dengan orang.. protes tanda TAK NAK.. hehe

eyh, macam ada experience jer u nie? ehem2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...