sahabat Senyap

Friday, July 10, 2009

Will You Marry Me

Bila orang bujang bersembang dengan orang yang sudah berumahtangga. Sememangnya orang bujang itu akan tampak macam orang bodoh. Nak mencelah tiada fakta, nak menyelit tiada pengalaman. Sudahnya hanya mampu mengangguk tanda faham dan sekadar tersengih sumbing. Terus terpencil di situ.

Memang situasi macam ni selalu jadi pada aku. Bekerja dengan rata2nya sudah berumahtangga adakalanya buatkan aku rasa sikit kekok. Sebabnya mentaliti mereka agak lain, mereka lebih matang. Jarang sekali nak bercerita perkara2 yang orang muda macam aku ini selalu bercerita. Topik yang selalu dilontarkan lebih kepada balik ni nak masak apa, semalam anak tak boleh tidur, anak demam, hari ni malam jumaat dan kejap lagi nak beli susu anak. Bagi orang bujang macam aku, dengarlah selagi mampu. Itu juga gambaran hari muka kamu.

Ada rakan sekerja bangkitkan isu kahwin ini semuanya susah. Tapi kalau buat ‘projek haram’ semuanya senang. Aku tanya kenapa. Dan jawapan dia betul2 buatkan aku tersengih panjang. Jawap dia kalau kahwin ini susah nak dapat anak, tapi kalau secara ‘haram’, cuba sekali dah ’melekat’. Aku fikir balik, yeke? Bergantung pada rezeki masing2 aku rasa. Tapi aku lebih selesa dengar apa celoteh dia. Sambungnya sudah hampir setahun baru wife dia hamil, ada juga dia terfikir samada dia ini mandul ke. Dan bila nak deliver, wife dia terpaksa lakukan pembedahan sebabnya tidak boleh melahirkan secara normal. Dia argue, kalau mengandung luar nikah, beranak dalam bilik air pun boleh. Aku fikir, setiap sesuatu ada hikmah disebaliknya.

Ada juga yang menyakat, semalam hujan lebat. Rugi la kau zam. Haha. Tak kurang juga bos aku. Pantang aku rapat sikit dengan sesiapa, terus hangat sampai ke bilik meeting. Tapi aku selalunya xkisah, at least segala yang itu eratkan lagi kami rakan sekerja. Aku suka macam nie. Minggu lepas ada sorang staff ajak aku tengok rumah. Dia suggest aku beli sementara umur masih muda, harga tanah pun xmahal sangat. Tapi ish, biar betul dia ni. Muda lagi la. Nak beli rumah nak buat apa lagi. Untuk jaga hati dia, aku iyakan saja. Ikut lihat sekeliling kawasan perumahan yang dimaksudkan. Tapi kalau nak beli, hurm minta maaf lah. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Nama panjang mohammad zamzami. Tapi people call me zamzani. Apa2 pun boleh.

8 comments:

::cik kikiLaLa:: said...

hehe celoteh yang menarik dari *en.senyaaaaap... je* tapi dalam entry tu tak ade la pulak cerita macam tajuk tu-will u marry me. explain pls..ngesnges

Orang Senyap said...

cik kikilala ::

eheh, sebenarnya waktu tulis entry nie tak tahu nak letak tajuk apa.. i wrote first n put the title kemudian..

tapi rasanya ada kena mengena jugak kan, xbanyak.. tapi bau2 bacang tue tetap ada.. haha..

* sapa la yang akan terima soalan keramat tue dari saya nanti ya.. hurm...

mynamyra said...

haah..
spe laa yg akn dpt soklan keramat tuh ek?
haha..
eh2,,kmu ni umo da bpe ek sbnrnye?
huhu..

Orang Senyap said...

mynamyra ::

kamu kot myna y dapat soalan tue??
huhu

eheh, kidding jer.. saya pun tak tahu..

erm, umur? still sweet 17 lagi la..
hehe.. erm, baru 22 act. muda lagi kan?

SasHa Lee said...

Senyap..wlpun entry ni dah lama..tpi still nak tglkan taik selepas membaca..(taik tue komen ler)

**kadang2 dok ngn orang dah kawen ni memg kite akan jadi orang asing n segan silu kalo bab2 mereka mengarut lagi2 malam ni khamis malam jumaat.. nanti bau laa air tongkat ali..huhu..

**time sy dulu.. bile diorang ckp benda yang terjerumus kekunigan (otak kuning) sy akan tersenyum senggeh kat meja..hehehe.. ;)

Orang Senyap said...

sasha lee ::

owh, u have no idea what i facing right now.. tiap2 hari.. huhu

yang lelaki siyap ajar yang benda xelok.. yang pempuan tiap2 masa penuh kat meja ni.. terutama bini orang.. alahai..

argh.. rasa cam rimas betul la..

azaliahjsalleh said...

zaman skrg ,remaja x pikir panjang !
bila benda dh jadi , baru na sedar *sigh

Orang Senyap said...

azaliahjsalleh ::

yup..!! sokong.. betul tue..

haish, apala nak jadi budak2 sekarang.. hurm, sapa boleh tolong jawab?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...