sahabat Senyap

Friday, July 17, 2009

Diari Seorang Lelaki

“Malulah kepada Tuhan pada hatimu, sebagaimana anda malu kepada sesama manusia pada lahirmu” – Anonymous

Anak muda itu kelihatannya agak sedikit gelisah, semacam rasa rimas. Bila disapa oleh temannya yang berlainan jantina, rasa itu semakin menjadi2. Sekejap2 dia memandang ketepi, sekejap dia pura2 melihat skrin PC, tapi yang nyata apa yang dia buat serba tidak kena waktu itu. Entah, sejak datangnya pelatih dari GEMS baru2 ini yang seramai 28 orang itu, rasa yang itu bagaikan merusuh. Seakan bertempik dari dalam. Anak muda itu terus tenggelam lemas.

Mungkin sejak dari kecil sifat semulajadi anak muda itu sudah memang begitu. Kerap berdiam dan kaya dengan sifat pemalu. Kerap kali juga dia ditegur atas sifatnya yang satu itu. Tapi sudah begitu azalinya, tidak ku pinta lahir ke dunia, tidak ku duga begini acuannya. Sekurang2nya itu yang sering bermain di kepala. Tapi hairan, walaupun dengan ‘kelemahan’ yang itu. Dia masih berupaya menarik perhatian yang lain. Menjadi mangsa usik sakat selalunya.

Pada waktu ini, ramai pelatih2 dan student praktikal yang menjalankan latihan di tempat anak muda itu bekerja. Reaksi anak muda itu biasa sahaja, sebagai seorang Adam memang normal jika sekali2 dia menjeling mana2 pelatih yang datang. Hanya setakat itu. Tapi bila perlu ditugaskan untuk menjaga salah seorang daripada mereka. Ah, macam ada batu berat ja atas kepala. Tunggu masa untuk menghempap. Atas nama tugas, gagahi juga walaupun yang dijaga itu hurm seorang keturunan ‘Tengku’, punya kelulusan Master dan agak menarik cara penampilannya. Jika dari sudut job scope yang diberi, si Hawa ini perlu sentiasa ada disisi anak muda itu. Reaksi pertama. ‘You got to be kidding me.’

Hari pertama, alhamdullillah. Semua berjalan dengan lancar. Sesi perkenalan ada juga diselang seli dengan gelak tawa walaupun ada sedikit kekok. Good sign. Tugasan yang diberi mendapat kerjasama yang baik dari Tengku. Future good partner to cooperate. Cant wait what had install for tomorrow. Walaupun pada mulanya agak lemas menahan asakan soalan2 dari Tengku mengenai ilmu2 HR umumnya dan spesifik IR. Tapi agak fun.

Satu benda yang anak muda itu belajar. Malu itu perlu, tapi biarlah malu itu bertempat. Malu membuta tuli hanya mencerminkan kelemahan dan kegoyahan keyakinan yang lain. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emy. Erm, two of my close friend dapat offer kerja lain. Ah, sengetnya. Please don’t go.

4 comments:

[z@ck] said...

tgh praktikal ek..

SasHa Lee said...

owhh..senyap..u HR dalam unit IR ker?? wah2 penuh ngn undang2 laa kamu..

**yang penting jangan disebaabkan seseorang kamu undur diri..

**dont be like me.huuhu.

**tp kalo orang tue suka bertanye takpe.. jgn dapat yang bodoh sombong+Pemalas+hipocrit..huh susah nak handle manusia macam tue..

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

bukan praktical la zack.. haha

nie kat tempat saya bekeja eceli..

kadang2 jeles tau ngan you.. saya tingin nak ada blaja sampai ke peringkat PHD kalo ada rezeki..

Qaish Nur Mikhael said...

sasha Lee ::

sasha, erm saya skang pegang dua unit.. Admin ngan HR.. selama setawun lebey kat situ, suma job scope Admin dah khatam.. cuma baru2 nie dapat mandat dari Bos pegang unit IR dalam HR.. tapi dalam masa yang sama saya still do Admin work.. hehe

* quite busy kan? letey ari2..

* ari selasa ni kena attent ke Mahkamah Penang.. ada kes dalaman..
first time nak masuk court nie.. haha.. teruja tau.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...