sahabat Senyap

Thursday, July 16, 2009

Ini Bukan Organ Bionik

Dalam badan kita ada jantung, ginjal, buah pinggang, paru2, limpa, pundi kencing dan usus. Anda boleh rujuk buku teks Biologi SPM jika mahu senarai lengkap bahagian2 lain yang ada pada badan manusia. Tidak pun boleh google, terpulang kepada anda. Aku bukan hendak beri tuisyen subjek Biologi, minta maaf. Aku tak pernah pun ambil subjek tu dulu. Cumanya kat sini aku nak bercerita tentang satu bahagian lain yang ada dalam manusia. Hati. Heh, mukadimah yang agak sengal.

Hati sering dikaitkan dengan emosi. Terma hati juga sering dijadikan sumber inspirasi bagi pakar2 bahasa merujuk kepada emosi tadi. Jadi muncullah istilah2 seperti ‘suka hati’, ‘jatuh hati’, ‘makan hati’, ‘sakit hati’ dan segala macam lagi. Anda juga boleh rujuk buku teks jika mahu senarai lengkap. Hurm, kenapa aku suka buat mukadimah yang senget2 eyh dalam entry ni? Okeh serius2..!! Straight to the point.

Entah la kenapa, aku rasa hati aku dalam dua bulan ni cukup kerap ditenyeh, ditekan, diasak, dilenyek sampai satu tahap aku macam nak menjerit. Menjerit biar semua orang boleh dengar. Biar semua tahu yang aku juga punya hati macam orang lain. Aku juga manusia biasa macam kamu dan engkau. Kali ni tiada sebarang buku teks yang boleh dirujuk untuk tahu apa yang aku rasa sekarang. Langsung tiada.

Kepada orang yang berkenaan, aku tahu kamu akan baca entry ini. Satu jer yang aku pinta. Please STOP. Hurm, mungkin lepas ini aku akan refer pada buku teks yang itu. Buku teks yang aku percaya boleh bantu ubat sakit hati aku, rasa rintih aku. Dengan lafaz bismillah, aku baca tulisan2 jawi di dalam kitab itu. Kitab kita yang satu. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

10 comments:

SasHa Lee said...

Senyap.. awk sakit hati ngan sape??
Dengan aku ker???heee

**Yer dengan Al-Quraan jer kite leh tenang...peace;)

☺5rux☺ said...

biasa la tu..sometimes i felt the same way too..

[z@ck] said...

kenapa ni org senyap??
am i missing sumthing?

Qaish Nur Mikhael said...

sasha lee ::

ish, nak buat apa sakit hati kat you..? sakit ati kat sapa eh?

eheh, erm adalah that someone yang slaloo sangat buat benda yang hurm.. what should i call it.. no word can i use to describe.. haha

tapi xpela, normal la tue kan.. ada masa kita disakiti.. e2 la namanya hidup.. kan? :-)

Qaish Nur Mikhael said...

5rux ::

eyh kamu?? lama betul menghilang sejak menjak dapat kerja nie?

hehe

bila nak belanja?

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

erm, nothing sebenarnya zack..

saja jer post entry psal sakit ati nie..

:-)

87 said...

tetiba je diri rasa diumpat..huhu.hati saya jugak bukan bionik..orang lain pon ada masalah jugak n need to be alone

Anonymous said...

owh..

huhuu..

juz b patient ye kmu..

dugaan nie...

Qaish Nur Mikhael said...

adell ::

tapi xsalah kalau beritahu sepatah kan..

Qaish Nur Mikhael said...

mynamyra ::

urm myna.. dah bersabar dah lama..
tapi sekrang rasa macam xguna pun sedangkan orang tue tengah happy kat sana.. kita jer nak susahkan diri..

fullstOp jer solution dia.. i think coz itu yang dia suggestkan sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...