sahabat Senyap

Saturday, October 03, 2009

Al-Fatihah

Maut, tanpa memilih bulu, ia mengetuk pintu gubuk2 si miskin dan istana raja2. Di dunia ini tidak ada sesuatupun yang pasti, kecuali mati. Cara terbaik berfikir tentang mati ialah dengan menganggapnya sebahagian daripada pakej kehidupan. Kematian itu adalah gapura hidup.

Hurm, lama aku termenung. Dengan surah Yasin yang masih ku pegang, air sembahyang masih bersih pada diri. Aku lihat sekujur tubuh kaku di depanku dengan pandangan kosong. Kelihatan mak dan makcik sibuk di dapur. Abah pula di luar rumah mengalukan tetamu yang datang. Mak Usu disisi sedari tadi aku lihat mengesat air mata yang sejak tadi xhenti2 mengalir. Sabar ya Mak Usu. Pujuk aku sambil menggenggam tangannya erat. Mungkin Allah lebih sayangkan dia. Mungkin hari ini sudah tiba masa untuknya. Mungkin… Ah.

Apabila jenazah usai dikapankan, aku dan yang lain mengangkat keranda, melangkah perlahan2 hingga ke pusara di belakang Masjid. Hari itu, aku tak banyak bercakap. Lebih selesa menjadi pemerhati. Sejujurnya, aku masih terpempam dengan berita kematian ni. Tidak seperti tahun lepas ketika Atuk meninggal. Sungguh, bila waktu itu aku menggangkat atuk yang keras ke tempat pembaringan, bila aku memandikan atuk, bila aku menyempurnakan pusara atuk. Begitu murah air mata aku sebak. Hari ini, giliran Tok Chik pula. Hum.

Lama aku menatap papan skrin PC bila menaip entry ini. Sekejap aku termenung kosong. Waktu ini aku cukup senang jika ada teman yang boleh diajak berbual. Sekurang2nya, redha sedikit rasa gelisah. Padam sedikit rasa gundah. Tapi ah biarlah. Aku malas nak bebankan mereka.

Sakaratulmaut yang paling hebat terjadi dalam hati mereka yang masih hidup, dan bukan pada orang yang akan meninggal. Tapi jika dilihat pada sudut yang lain, tidak usah takut akan mati, kerana mati itu tidak lain hanya berganti tempat tinggal. Sebenarnya tidak ada kematian, Ia hanya pertukaran alam. Peace dari Senyap.

Bismillahirromanirrohim,

Al-Fatihah…


p/s : I’m Amiey. Cukuplah kematian itu sebagai penasihat.

16 comments:

chec said...

takziah buat kamu..Innalillah..

saadah saadun said...

al-fatihah..
moga arwah tenang di sana..
insyallah..
AMIN..

kau sabar k?
aku yakin kau sorang yang kuat.
=)

Seroja Jingga said...

alfatihah untuk tok cik

kita juga akan menyusuli
kamu sabar ye

☺5rux☺ said...

just read ur entry..
takziah utk awk

al-fatihah

aideeb said...

teringat lak kat bapa sedara yg meninggal last week..hari raya yg lalu ramai yg dtg melawat wife dia yg sakit kanser.anak2 dia, sedara sume memberi perhatian kpd si ibu.....tup-tup bapa sedara plak yg meninggal dulu...koma dlm tido...siapa sangka kan...mati tidak mengenal tua atau muda...sihat atau sakit...kaya atau miskin...

YoshaMaDa said...

SalaAm..

Itu tanda peringatan daripada ALLAH. Betapa ALLAH sayangkan mereka yang telah pergi, begitu ALLAH sayangkan kita, sehingga ingatannya datang bertubi-tubi tanpa kita sedari.

Baru-baru ini saya juga baru kehilangan seorang teman. Kisahnya ada di blog. Kalau sudi, silalah melawat. Kalau tak pun, selak-selaklah surat khabar bertarikh 27 September lalu.

Qaish Nur Mikhael said...

che adlia ::

thanks sis..
it do mean a lot that you care..

dalam fasa murung saya skang nie..

Qaish Nur Mikhael said...

saadah saadun ::

thanks coz dropping ur comment.. :-)

really do appreciate it..

yup! ameen for that..
hehe.. erm, cuba untuk jadi kuat
sekarang..

Qaish Nur Mikhael said...

seroja jingga ::

thanks kamu..

yup, yang hidup pasti akan mati..

Qaish Nur Mikhael said...

5rux ::

eyh..

lama tak datang singgah sini yer
kamu 5rux??

macam mana keja?

Qaish Nur Mikhael said...

aideeb ::

eyh? yeke deeb..

feel sorry for you..
ye kan? bila dan mana masa kita
hanya Dia yang tentukan..

wish ur aunt get well soon..

Qaish Nur Mikhael said...

hawa ::

thanks coz dropping ur comment
n became my follower..

really do appreciate it..

erm, ada singgah blog awak tadi..

salam takziah yer?
i knoe, it feel like hell
if we lose our close with us..

[z@ck] said...

perbanyakkan ibadah selagi kita masih hidup..kita tataw time kita bila pula..yg dah pergi jgn ditangisi..sebaliknya kita sedekahkan al-fatihah..

aku tahu kamu seorang yang tabah..kuatkan hati ye.. =)

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

thanks yer zack..

waktu ini kawan yang ada la
yang banyak main peranan..

kawan yang bergelar kawan larh,
maksud saya.. hehe

yayarawr said...

paham prasaan nie..lebih2 lagi bila ayah sndri yg kita tgok..
:)

Qaish Nur Mikhael said...

yayaawr ::

eyh? having the same experience
also? owh.. feel sorry for you..

kita yang hidup nie hidup mesti
terus coz someday masa kita akan
tiba jugak.. kan? kan? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...