sahabat Senyap

Saturday, October 31, 2009

Word vs Silent

Sedang aku leka dengan kertas2 kerja di atas meja untuk ditelaah, perhatianku sedikit terganggu dengan hilai tawa rakan di meja sebelah. Dan aku sedar yang aku dikelilingi oleh ramai individu2 yang petah bercakap dan senang berjenaka. Semua itu buatkan aku akui yang mana jika aku diletakkan di kelompok ini, akulah yang paling tercorot jika ‘bercakap’ dijadikan kayu ukur. Tapi, aku senang menjadi aku.

Hurm, kata2 itu boleh diibaratkan cerminan kepada jiwa dan bahasa umpama pakaian kepada fikiran. Setiap patah perkataan yang dilontarkan adalah penilaian awal terhadap personaliti seseorang. Apabila sepatah perkataan dibiarkan terlepas, ia tidak boleh lagi ditangkap kembali. Kerana satu perkataan seseorang itu selalunya dianggap bijak, dan kerana satu perkataan juga dia mungkin dianggap bodoh. Kita sesungguhnya harus berhati2 dengan apa yang kita suarakan.

Setiap hari, setiap manusia seharusnya mendengar sedikit lagu, membaca puisi indah, merenung gambar yang cantik, dan jika mungkin, bercakap beberapa patah perkataan yang munasabah. Perkataan itu hanyalah perkataan, dan tanpa hati ia tidak mempunyai apa2 makna. Kita mendengar terlalu banyak perkataan2 indah, tetapi terlalu sedikit tindakan yang boleh dihubungkan dengannya. Perkataan tanpa tindakan adalah seperti pembunuhan ke atas idealisme itu sendiri.

Kata2 adalah benda hakiki dan hidup daripada setitis tinta yang jatuh diatas fikiran laksana embun. Tetapi janganlah sekali kali mengucapkan kata2 yang menyebabkan kita perlu meminta maaf. Sebabnya tikaman kata2 itu akan menusuk lebih jauh daripada tikaman senjata. Tiada apa yang lebih liar dari bahasa perkataan yang pedas dan menjengkelkan. Heh.

Lebih baik begini, lebih baik tidak berkata2 daripada berkata tetapi tiada tujuan. Ya, aku senang menjadi aku. Cukuplah jika setiap kata2 dan bahasa aku hanya dilemparkan di sini. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Kata2 yang manis dan sopan bagi seseorang lelaki, sama dengan kecantikan bagi seseorang wanita. Kedua2nya mempersonakan.

10 comments:

Seroja Jingga said...

aku setuju dgn kamu

Qaish Nur Mikhael said...

seroja jingga ::

owh.. terima kasih.. :-)

kadang2 ia make me sick bila orang yang banyak bercakap nie lebih gemar mengampu dengan ayat manis sedangkan satu apa pun xde..

uh, dah banyak kali dah terkena..
serik..

aideeb said...

lebih baik tidak berkata2 daripada berkata tetapi tiada tujuan.

i like that statement!

[z@ck] said...

sekali lagi jatuh hati dgn penulisan kamu.. =)

Qaish Nur Mikhael said...

Aideeb ::

hehe.. ada betulnya jugak kan
maksud dia.. :-)

Qaish Nur Mikhael said...
This comment has been removed by the author.
Qaish Nur Mikhael said...
This comment has been removed by the author.
Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

yeke? haha.. tenkiu..
sangat dihargai.. :-)

keep on reading..

|.a.r.i.e.z.a.| said...

words can define out attitude :) nice topic btw..

but ada jugak manusia konon sopan tp dlm hati mcm api. hipokrit kan.. *sigh*

Qaish Nur Mikhael said...

arieza ::

manusia macam tue banyak dah saya
jumpa.. talam dua muka.. back stabber.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...