sahabat Senyap

Friday, May 15, 2009

Entry Yang BoSan

Aku kini seperti dihinggapi satu penyakit yang agak kronik. Aku tak tahu sejak bila virus atau bakteria ini mula hinggap pada aku. Tak cukup kuatkah antibodi dalam badan ini bagi menolak asakan sakit itu dari terus berlarutan. Perlukah aku mengambil vitamin dan pil2 tambahan bagi aku. Bosannya. Aku kini mudah rasa BOSAN. Entah, rasa bosan itu cepat hinggap padaku kini. Dengan rasa bosan aku terus menaip entry ini.

Seperti bulan2 yang lepas, aku kebiasaannya akan melanggan majalah2 wajib aku seperti biasa. Tapi kini, aku tetap juga membeli tapi tak sampai setengah muka ku baca majalah atau buku itu aku campakkan ke dalam rak. Esok beli majalah lain pula. Bosannya nak membaca sampai habis. Bosan betul kalau keluar kemana2 tanpa beli apa2 bahan bacaan. Kini, ada majalah yang langsung tidak terusik isi kandungannya yang mana aku beli pada bulan2 yang lepas. Entah bila aku nak membacanya aku sendiri pun tidak tahu. Bila tidak beli rasa macam xkena. Bila dah langgan sedikit pun aku xsentuh. Alasannya simple, BOSAN nak baca. Ish, bosannya alasan.

Seperti biasa juga, aku akan habiskan masa hujung mingguku dengan menonton wayang. Kadang2 tu, aku langsung tak tengok pun movie itu. Dan adakalanya aku boleh tidur dalam panggung. Kenapa aku beli tiket tadi yer? Rujuk jawapan di atas.

Tadi aku beli majalah ROTTW. Selak kejap page pertama. Keciknya tulisan. Belek page seterusnya. Seterusnya dan seterusnya. Terus seterusnya majalah itu juga punya nasib yang sama dengan majalah atau buku2 sebelum ini. Terus ku campaknya di dalam rak buku di dalam bilikku. Terus lagi bakteria BOSAN itu menjalankan kewajibannya. Ah, bosan betul aku dengan rasa bosan ini. Dengan rasa bosan juga aku tanpa segan silu menoktahkan entry ini. Peace.

p/s : Im Amih. Need to buy another Rak Buku.

7 comments:

5rux said...

bosan = apart of my life
;p

Ain Nadiah said...

klaka la u nie,
hehe
:)

The Silent Melody said...

5rux ~ u kongsi rasa yang sama macam saya.. sunyikan bila rasa bosan nie.. rasa macam nak buat something yang big.. tapi ntah la.. bosan betul. hehe.. by da way.. thanks coz leave ur comment ya..??

ain nadiah ~ ain.. heh... kelaka ker saya..?? agak spastik sikit sebetulnya.. tapi tetap pada tahap minda yang waras lagi tau.. belum lagi perlu daftar ke wad tanjung rambutan.. heh.. thanks coz tinggalkan komen.

5rux said...

yup..u rite!
but sometimes need someone to company me..tp xde. dats y i feel dat way..
hope dgn komen ni i xbuat u bosan
hihi ;p

cinta emillia said...

sunyi ye zam????? he3....carilah gf,jgn asyik fkir sal keja je...tak pon rajin2lah baca hadis n Al-Quran, dijamin hilang rasa sunyi he3

The Silent Melody said...

wah, sungguh terkesan sekali mesej kamu itu kak may.. hehe
erm2.. gf ya? malas nak carik..!! haha

The Silent Melody said...

5rux ~ komen kamu sikit pom xbosan.. i like lagi ada.. hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...