sahabat Senyap

Friday, May 22, 2009

Keroncong Untuk Ami

Perutku sedikit berbunyi. Sayup2 kedengaran seperti irama malaysia dan ada ketika ia seakan2 melagukan melodi Sampai Syurga. Aku cuba untuk terus berlagak normal walaupun ada ketika ada juga mata2 yang menjeling dan terukir senyum sinis pada aku.

Sejenak fikiranku melayang terbang pergi pada hari minggu yang lepas. Gara2 menyambut sahutan dari seorang teman, aku kini sudah hampir seminggu tidak menerima sebutir nasi ke dalam kantung perutku. Agak sukar pada mulanya namun kini aku sudah mula membiasakan diri dengan keadaan ini. Ketahuilah, aku juga mampu menjadi sekeping sebagaimana dirimu teman. Ya, aku juga bisa. Tapi.. Ah, perutku berbunyi lagi.

Teman.. kamu kata untuk jadi skinny perlu makan buah dan sayur. Jangan ambil kolestrol. Tapi tadi aku ingin makan rojak. Kamu marah, kamu kata rojak buah bawa resdung. Aku terima dan rojak buah itu aku beri pada kamu. Tadi petang aku ambil meehun sebagai alas perut sebab sudah sehari aku tidak makan. Kamu marah. Kamu kata makanan itu berat. Jangan makan lagi benda macam itu. Aku akur. Esoknya, aku tidak makan petang lagi. Jadi aku hanya ambil makanan ringan. Sekali lagi kamu marah. Kamu bilang kandungan dalam makanan ringan dan coklat xbagus. Dengan sayu sekotak coklat Cadburry aku beri saja pada kamu untuk habiskan. Meskipun ada ketika hatiku bertempik ‘Jangaaann..!!’, tapi aku akui juga. Aku cukup berterima kasih atas perhatian dan rasa ambil beratmu terhadapku. Tapi, kamu macam hendak membunuh aku sahaja nampak gayanya. Hurm, sekali lagi perutku sambung berbunyi.

Ketika aku berjalan tadi. Kepalaku sedikit pening. Rasa pusing. Bagai ingin hendak pengsan tapi tidak juga. Aku pesan pada kamu, jika aku pengsan nanti. Aku hendak kamu yang beri CPR pada aku. Sebab kamu yang bertanggungjawab. Tapi kamu terus ketawa. Ketawa yang nampak sangat terbahak2. Lucu ke? Aku serius waktu itu.

Malam. Bunyi yang itu sudah tiada. Aku kata pada hati. ‘Ah, sekali ni jer, lepas gian’. Malam itu makan malamku aku rasa cukup untuk 2 orang makan. Hurm, dua burger ayam. Nasi goreng paprik. Dua gelas besar air. Dua biji epal fuji besar dan of coz coklat Mentos. Tidak keterlaluan kan kamu? Tapi, satu jam selepas itu bunyi yang lain pula yang berkumandang. Yang ini aku xnak sebut, sebab dia busuk sikit. Heh. Peace dari Senyap.

p/s : Im Ami. Jauhilah diri anda dari Botox dan jarum penyedut lemak. Stay healty. Poyo. Haha

4 comments:

Amy said...

ambik mknan mcm biasa cuma kurangkan mknan yg berlemak,diet yg salah akan myebabkn zam mengambil lebih bnyk mkanan..lebihkn sayur n buah2an,air paling penting...

[z@ck] said...

jagalah kesihatan ko silent melody..
jauhi kolesterol..
=)

Qaish Nur Mikhael said...

kakmay ~ owh, maca tue yer..
macam itu jugak la teman zam bagitau.. tapi selalu kena marah dengan dia.. hurm..

Qaish Nur Mikhael said...

zack ~ silent melody sentiasa sihat zack.. heee.. tapi terlebih 'sihat' lately nie.. itu yang xberkenan sikit.. thanks for ur advice. i'll do that.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...