sahabat Senyap

Friday, July 31, 2009

Hey! I’m Back..!! :-)

Agak lama rasanya aku tidak update blog. Berhabuk sudah this page. Rindu Senyap tak? Hehe. Agak kusut sikit dalam dua minggu ini actually. Pergi sana sini. Attend ini itu. Ada juga hendak menulis tapi bila menaip sepatah kembali backspace dan menaip yang lain pula kemudian padam balik. Sudahnya, langsung aku tinggalkan terus lappie aku tue.

Okeh! What happen this week? UPU kena tutup atas kes pig flue. Ada teman study di UUM kini dah balik kampung seminggu. Ini bermakna kes ini xjauh mana dengan tempat aku. Menurut kajian, virus H1N1 ini merupakan virus yang cepat merebak. Jadi pada sesiapa yang rasa badannya kini rasa macam demam, lenguh badan. Cepat2 lah buat pemeriksaan. Memang pada mulanya semua rasa takut untuk check, aku tahu sebab aku pun macam tu. Tapi lebih baik mencegah dari mengubat kan.

Kes aku di Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang berlangsung selama dua hari minggu lepas. Hari yang bagi aku agak panjang dan letih. Tapi rasa lesu yang itu seperti terubat bila aku memenangi kes tersebut. Yeay..!! hehe. Esoknya aku berurusan dengan Pegawai Forensik dari Jabatan Kimia di Sungai Petani. Sehari suntuk jugak la aku spend masa kat situ. Dan kes yang ini masih lagi ‘pending’. Pending pun bukan apa, kes yang ini melibatkan prosedur yang perlu dipatuh. Prosedur yang melibatkan masa. Hurm.

Semalam UNION meeting berlangsung sehingga jam 6 petang. Usai meeting, ada aku dan ahli UNION yang lain adakan short discussion. Secara jujur. Bila kali pertama aku berurusan dengan mereka, ada sedikit cuak. Sebabnya mereka lebih berpengalaman dari aku yang masih lagi hijau. Tentang apa yang kami bualkan rasanya tidak perlulah aku utarakan di sini. Confidental.

Bagi side pelatih dari GEMS, aku cuba reka satu tugasan untuk ‘partner’ aku. Rasa bersyukur jugak sebabnya partner aku ni sangat2 membantu. Baik dari cara kerja dan idea. Aku dah mula selesa bekerja dengan dia. Bagi unit IR, aku ingin rombak balik semua polisi yang berkaitan. Mula reka satu sistem dan guideline yang berpaksikan undang2 tetapi yang mana lebih mudah difaham, diterima dan insyaAllah akan diikut oleh PIC akan datang. Orang kata untuk mulakan sesuatu itu payah tapi jika ada prinsip ‘No Pain No Gain’, semuanya akan jadi positif. Betul tak?

Satu hari tue. Ada aku tanya partner aku samada dia punya blog tak? Jawapan dia ada sedikit menjentik hati aku waktu tu. Jawabnya, jika ada blog kita akan kusut apa yang hendak ditulis. Dan secara automatic kita akan bercerita tentang apa yang kita buat hari ni, kita bergaduh dengan orang itu, hari ini kita makan apa, tadi kita tengok kemalangan. Benda2 macam itu. Jika tidak, kita tak akan ada idea hendak menulis apa. Dan tak rasa lain ke bila hal peribadi kita diceritakan kepada semua. Hurm. What do you think? Tapi bagi aku, suka hati la. Hahaha.

Bak kata Blogger Boy dalam slot 8tv tue. Di sini tempat aku luahkan apa yang terbuku. Disini tempat aku boleh jujur pada diri. Disini ruang untuk aku jadi diri aku tanpa perlu terikat dengan sesiapa. Disini juga aku boleh bertemu dengan kenalan yang kongsi minat yang sama dengan aku. Eheh. Bila kita bercerita at least sekurang2nya hati ini akan sedikit lega. Entah la, tapi bagi aku memang begitu. Yang aku tahu, jemari ini masih belum letih menari. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Be what you want to be. Don’t be what other want you to be. That’s not the way you live your life. (Panjang sikit celoteh entry kali nie. hehe)

10 comments:

Anonymous said...

for me, jgn salah gunakan blog tu sendiri sudahlah...blog mmg tmpt kite menulis pandangan kite scr peribadi pun, kn..cume maybe kena jaga2 sikit, takut nnt esok2 gaduh dgn org ni org tu sbb ape yg kite tulis dlm blog..

SasHa Lee said...

menulis blog dapat mengurangkan otak yg kusut..dan sekurangnye ada teman tnpe sempadan..jusz keep in screen touch jer..hope jgn kawn blogger pulak yg mengusutkan otak kite..hehehe..

**No Pain No Gain!!Chaiyyuuuk!!

[z@ck] said...

blog pn kadang2 bley jd medan perang..
saling tikam satu sama lain..
tamao macam tu..
huhuhu...

Qaish Nur Mikhael said...

Att Ashburn :

erm, setuju tue.. kalau menulis terlalu ikut perasaan dan emosi nanti akan kedengaran agak kasar pada yang dituju. bukan aje buka pekung sendiri malah aibkan si polan tue..

boleh kana saman tau sekarang? ui, jaga2.. hehe

Qaish Nur Mikhael said...

sasha lee ::

yup sasha! ehehe.. erm, tambah kenalan ramai2.. baru meriah hidup.. boleh dapat kenalan satu malaysia.. friend biar beribu.. ye tak?

kita kawan kan? hehe :-)

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

aip zack? macam dah ada experience jer perang2 nie.. hehe

pernah libatkan diri masuk medan perang ker? haha

aideeb said...

senang cerita blog tempat berkongsi maklumat...baik buruk cerita org klo kita pikir positif kita dpt dapat belajar sesuatu..klo pikir negatif boleh dpt satu pengajaran...life is a journey..every journey ada story...every story pasti ada moral...dont afraid to share something if u have something to share...peace no war..

Qaish Nur Mikhael said...

Aideeb ::

its sound nice bila kita melihat sesuatu itu dari sudut yang positif..

i like the way you think deeb..

Anonymous said...

sy suke gak tgk blogger boy..
haha..
tp xley nk fllow..
hurm..sme laa kte..
da lme x blogging.
memang bhabuk..
pndang sepi je lappy tuh..huhu

Qaish Nur Mikhael said...

mynamyra ::

eyh? suka jugak ke?

show tue macam unik kan?
gabungkan dua unsur yang dekat
dengan situasi sekarang..

blog dan kartun..
bijak betul sapa yang reka skrip
tue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...